Bugatti hasilkan sofa untuk rumah anda - namanya Chiron!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain daripada menghasilkan supercar terpantas di dunia Chiron, Bugatti juga sebenarnya terlibat dalam kegiatan #2kerja di mana mereka sebenarnya pakar dalam penghasilan perabot rumah!

Koleksi perabot terbaharu yang dipamerkan pada acara Milan's Salone del Mobile minggu lalu menampilkan beberapa jenis perabot termasuklah katil, meja kopi, sofa dan kerusi malas premium. 
 


Pemilihan bahan juga sangat selektif terdiri daripada fabrik teknikal, batu marmar, bahan lazurite relative sodalite dan juga gentian karbon!

Kesemua perabot ini direka dengan kolaborasi bersama Luxury Living Group yang diinspirasikan daripada hasil kerja Carlo Bugatti, bapa kepada pengasas Ettore Bugatti. 
 


Hasil kerja yang lebih dekat dengan hati Carlo Bugatti ialah kerusi edisi terhad Cobra di mana ia merupakan rekaan original yang dipatenkan pada tahun 1902. 

Menariknya, salah satu daripada perabot yang dipamerkan turut dinamakan sebagai Chiron!
 


Tiada sebarang tanda harga dipamerkan, namun bagi anda yang biasa memilih barangan di Ikea, lupakan sahaja hasrat anda untuk memilih jenama Bugatti untuk perabot rumah anda. 

 

Berita Berkenaan

Informasi
Nampak lawak, tapi jika tidak diambil perhatian sewajarnya, keadaan sedemikian sebenarnya mampu…