Bugatti guna 100 unit penderia untuk rekod data ujian 440 km/j Chiron Super Sport

oleh Mohamad Hanif|
Bugatti kini sedang memasuki fasa terakhir pengujian model Chiron Super Sport menerusi ujian kelajuan tertinggi 440 km/j di fasiliti Ehra-Lessien yang dimiliki oleh Volkswagen.

Bugatti Chiron Super Sport merupakan varian Grand Tourer kepada Chiron Super Sport 300+, serta diperkaya dengan elemen kemewahan untuk menjamin keselesaan pemanduan jarak jauh.

 


Seperti Super Sport 300+, Chiron Super Sport masih lagi dikuasakan oleh enjin 8.0 liter W16 dengan empat unit turbo menghasilkan 1,578 hp dan 1,600 Nm, dan berupaya mencapai kelajuan tertinggi 440 km/j sahaja.

Selain daripada itu, talaan turut dibuat kepada sistem transmisi supaya penukaran gear ketujuh tidak perlu dilakukan sehingga kelajuan mencapai 403 km/j.

Untuk itu, Bugatti tidak pernah memandang remeh terhadap ujian yang dijalankan, sehinggakan mereka menggunakan kira-kira 100 unit penderia untuk merekodkan data-data penting termasuklah suhu dan tekanan air.

 


Menurut ketua unit pembangunan casis Bugatti, Jachin Schwalbe berkata, "selepas ujian jalan raya sehingga 380 km/j selesai, kami kini memperhalusi pengendalian jentera ini pada kelajuan 440 km/j supaya Chiron Super Sport mampu beraksi pada kelajuan yang tinggi, dan dalam masa yang sama menawarkan perasaan yang selamat kepada pemandu.

Baca: Spesifikasi Bugatti Chiron Super Sport

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Usah risau, kerana Bugatti baharu sahaja mengumumkan penghantaran bagi model Grand Tourer tersebut…
Informasi
Untuk mencapai 440 km/j bukan sekadar dibuat menerusi peningkatan kuasa kuda semata-mata, banyak…
Model Terbaharu
Model tersebut kemudian ditawarkan kepada 30 orang pembeli sahaja dan bagi mereka yang mahukan…