Bugatti gabung dengan Rimac, bentuk satu syarikat hypercar baharu Bugatti-Rimac

oleh Mohamad Hanif|
Bulan lalu, terdapat laporan yang mencadangkan gabungan antara pengeluar hypercar terkemuka dunia dengan syarikat pemula kenderaan elektrik, dan ia kini sudah pun menjadi kenyataan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Porsche, Rimac dan Bugatti akan membentuk satu syarikat baharu yang digelar sebagai Bugatti-Rimac yang akan berpusat di Zagreb, Croatia dan memfokuskan kepada pembangunan teknologi bersama bagi model-model hypercar elektrik pada masa akan datang.

Dengan langkah ini, syarikat kejuruteraan Croatia itu kini memegang 55 peratus pegangan di dalam usaha sama Bugatti-Rimac, diikuti oleh Porsche sebanyak 45 peratus.

Namun begitu, Porsche masih lagi memiliki 24 peratus pegangan di dalam Rimac menerusi pelaburan bernilai $83 juta pada bulan Mac lalu, sementara Hyundai akan turut mengekalkan pegangan sebanyak 12 peratus, manakala Mate Rimac pula memiliki 37 peratus pegangan dalam kumpulan tersebut.

Sementara itu, Rimac Group pula akan berpecah kepada dua entiti berbeza, satu daripadanya masih lagi meneruskan perniagaan hypercar dan satu operasi baharu yang digelar sebagai Rimac Technology dan dimiliki sepenuhnya oleh Rimac.

Syarikat ini akan meneruskan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan di dalam arena trenkuasa elektrik dan bateri untuk pengeluar automotif di peringkat global.

Sumber: Auto Express UK