Bugatti Divo akhirnya dilancarkan - 40 unit sudah habis terjual!

oleh Mohamad Hanif|
Supercar yang ditala khusus untuk pemanduan litar, Divo akhirnya telah selesai dilancarkan dengan beberapa perubahan yang lebih garang berbanding model asas Chiron.

Sekiranya anda mencari kuasa tambahan berbanding model sedia ada iaitu Chiron, anda akan merasa kecewa kerana tiada sebarang talaan dilakukan terhadap enjin 8.0 liter guad-turbo bentangan W16 tersebut. 

Ini bermakna, Divo masih menghasilkan sejumlah 1,479 bhp yang digandingkan dengan kotak gear DCT tujuh nisbah kelajuan sebelum menyalurkan kuasa tersebut kepada sistem pacuan empat roda. 

Prestasi pecutan juga hampir serupa jika dibandingkan dengan Chiron, namun usah bimbang kerana Divo telah ditala untuk pengendalian yang lebih jitu di litar lumba, dan menurut Bugatti, Divo ini mampu melengkapkan pusingan di Litar Nardo lapan saat lebih pantas berbanding Chiron.
 


Perbezaan lapan saat ini mampu dicapai menerusi talaan pada sistem gantungan dan casis itu sendiri untuk memastikan supercar ini lebih tangkas membelah selekoh. 

Selain daripada itu, penggunaan roda yang lebih ringan, kurang penebat bunyi dan intercooler daripada gentian karbon telah mengurangkan lagi berat Divo sebanyak 35 kg. 

Berbanding dengan Chiron, Divo ini mampu menghasilkan daya turun (downforce) sebanyak 90 kg lebih, terima kasih kepada sistem aerodinamik yang membantu aliran udara yang lebih berkesan  dan dibantu oleh spoiler besar di bahagian belakang, menampakkan Divo lebih gagah perkasa. 
 


Bahagian kabin pula dihiasi dengan warna majoriti electric blue manakala papan pemuka pula diperbuat daripada gentian karbon. 

Bugatti juga menumpukan perhatian kepada tahap keselesaan dengan memperbaiki kadar ergonomik pemandu walaupun supercar ini diramalkan jarang menghabiskan masa di atas jalan raya yang biasa. 

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, Divo bakal diproduksikan sebanyak 40 unit sahaja dengan tanda harga €5 juta (RM24 juta sahaja) dan kesemua unit tersebut telah habis ditempah oleh para peminat yang menggilakan jenama itu.
 

Tags

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk menambah lagi rasa keghairahan para peminat, Bugatti telah menyediakan sebuah lagi imej acah…
Berita Global
Seperti mana yang kita tahu, Divo merupakan model yang menggunakan asas daripada Chiron dan gambar…
Berita Global
Hypercar tersebut bakal diberikan nama Divo, diinspirasikan daripada seorang pelumba Perancis…