Bugatti Chiron vs jet pejuang Dassault Rafale Marine - siapa menang?

oleh Mohamad Hanif|
Beberapa tahun yang lalu, rancangan Top Gear menerusi pengacaranya Richard Hammond pernah menampilkan perlumbaan berlainan segmen antara Bugatti Veyron melawan jet pejuang Eurofighter Typhoon.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kira-kira 14 tahun selepas perlumbaan Veyron itu, pewaris sahnya Bugatti Chiron perlu 'berhadapan' dengan sebuah jet pejuang Dassault Rafale Marine bertempat di lapangan terbang yang dimiliki oleh French Navy di Landivisiau.

 

 


Sebagai perbandingan, Bugatti Chiron Sport yang ditampilkan kali ini membawakan spesifikasi Les Legendes du Ciel (LDC) yang dihasilkan dalam 20 unit terhad dengan kuasa sekitar 1,500 PS/1,600 Nm yang dihamburkan daripada enjin W16 quad-turbo.

Pecutan 0-100 km/j boleh dicapai dalam 2.4 saat, diikuti pecutan 0-200 km/j dalam 6.1 saat, 0-300 km/j dalam 13.1 saat dan pecutan 0-400 km/j dalam 32.6 saat.

 


Sementara Dassault Rafale Marine pula merupakan sebuah jet pejuang dengan kuasa setinggi 5,646 hp dan berupaya mencapai kelajuan melebihi 1.6 Mach (~1,975 km/j).

Dengan berat sekitar 10.3 tan, jet tersebut mampu mencapai 165 km/j dalam jarak 150 meter, 210 km/j selepas 250 meter dan berlepas ke udara selepas 450 meter pada kelajuan 260 km/j.

 


Insan di sebalik stereng Chiron Sport merupakan Pierre-Henri Raphanel, pemandu uji rasmi Bugatti yang pernah menyertai 24 Hours of Le Mans sebanyak 14 kali, serta memecahkan rekod kelajuan tertinggi 431.072 km/j di dalam Veyron 16.4 Super Sport pada tahun 2010.

Menurut Raphanel, "saya berjaya memintas Rafale untuk jarak beberapa ratus meter pertama, namun setelah beberapa ratus meter lagi, jet tersebut sudah pun terbang setinggi 20 meter. Satu pemandangan yang luar biasa dan hebat."

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Dalam respons kepada soalan MP Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy, Menteri Belia dan Sukan…
Berita Domestik
  “Penggunaan tayar sotong bersaiz kecil iaitu 60/80, 50/80 atau 50/90 sangat berisiko kemalangan…
Berita Domestik
MAM juga menerangkan hanya acara sukan permotoran dua roda sahaja yang diluluskan untuk litar drag…