Bugatti Chiron Super Sport - Grand Tourer 440 km/j, lebih mewah, bermula dari RM16 juta

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2019 merupakan tahun di mana Bugatti berjaya merekodkan kelajuan tertinggi yang amat impresif (490.484 km/j) menerusi Bugatti Chiron Super Sport 300+.
LEXUS MREC Banner Campaign August 2024
CHERY Omoda 5 NCAP MREC Banner Campaign September 2024

Model tersebut kemudian ditawarkan kepada 30 orang pembeli sahaja dan bagi mereka yang mahukan sebuah Grand Tourer dengan spesifikasi yang lebih mewah, Bugatti menawarkan Chiron Super Sport dengan 30 unit sahaja akan dihasilkan.

Walaupun ia sebahagian daripada keluarga Chiron, Bugatti Chiron Super Sport menampilkan rekaan badan yang lebih aerodinamik menerusi splitter hadapan yang direka semula, tirai udara serta diffuser belakang dengan penampilan liang ekzos diinspirasikan daripada model EB110.  

 


Secara keseluruhan, dimensi Bugatti Chiron Super Sport ini adalah 250 mm lebih panjang jika dibandingkan dengan Chiron standard.

Menurut Bugatti, perubahan yang dibawakan ini mampu menghasilan daya turun yang mencukupi bagi memastikan Chiron Super Sport ini kekal melekat di atas tanah ketika mencapai kelajuan tiga digit (440 km/j maksimum).

Berbanding Super Sport 300+, Chiron Super Sport ini menggunakan rim aluminium dengan jejari berbentuk Y, atau mendapatkan rim magnesium yang terdapat pada Pur Sport dengan penjimatan berat sebanyak 23 kg.

 


Set tayar pula menggunakan Michelin Pilot Sport Cup 2 yang direka khusus untuk model Super Sport yang direka untuk tahap kelajuan sehingga 500 km/j.

Sedikit fakta menarik, Michelin menggunakan medan ujian yang asalnya direka untuk Space Shuttle dan setiap tayar diperiksa menggunakan mesin x-ray yang mampu mengesan sekecil-kecil masalah.

Sebagai sebuah Grand Tourer yang mewah, Bugatti menawarkan penggunaan bahan yang malar segar seperti kulit dan aluminium, di mana pembeli boleh mendapatkan penyesuaian yang tersendiri termasuklah bahan untuk upholsteri.

 


Bugatti Chiron Super Sport menggunakan enjin 8.0 liter W16 dengan empat unit turbo dan mampu menjana kuasa setinggi 1,577 kuasa kuda dan 1,600 Nm daya kilas.

Untuk memastikan penghasilan kuasa yang lebih lancar, jurutera telah membuat perubahan kepada unit turbo, pam bahan api, serta kepala silinder bagi membolehkan Chiron Super Sport ini memiliki garis merah 7,100 rpm dan memastikan daya kilas penuh boleh dicapai dalam julat spektrum yang lebih luas.

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda menerusi transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan, di mana penukaran dari gear enam ke gear ketujuh boleh dilakukan ketika kelajuan 403 km/j!

 


Dari segi pecutan, Chiron Super Sport berupaya mencapai 5.8 saat dari 0-200 km/j, mencapai 300 km/j dalam tempoh 12.1 saat dan 400 km/j tujuh peratus lebih cepat berbanding Chiron standard.

Untuk kestabilan ketika pemanduan berkelajuan tinggi, Bugatti turut menambah sistem stereng yang lebih ketat, serta menala kembali sistem casis kawalan elektronik untuk memastikan 'Ultimate Grand Tourer' ini masih lagi mudah dikawal.

Harga untuk satu unit Bugatti Chiron Super Sport bermula dari 3.2 juta euro (RM16 juta) tidak termasuk cukai dan opsyen yang boleh disesuaikan.

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
Usah risau, kerana Bugatti baharu sahaja mengumumkan penghantaran bagi model Grand Tourer tersebut…
Informasi
Untuk mencapai 440 km/j bukan sekadar dibuat menerusi peningkatan kuasa kuda semata-mata, banyak…