Bugatti Chiron Sport berharga lebih dari RM12 juta

oleh SALINA JALIL|
Pengedar rasmi Bugatti di Malaysia, Wearnes Automotive telah mempertontonkan Bugatti Chiron Sport kepada pelanggan melalui pratonton peribadi eksklusif dan pelancaran rasmi gala yang bakal berlangsung pada hari Sabtu ini.

Chiron Sport ini didatangkan dengan kapasiti enjin 8.0L turbocharged, 1500 PS dengan 1600 n/m tork. Jentera ini dikatakan adalah terpantas, tercanggih dan eksklusif.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Berbanding dengan Chiron biasa (standard), varian Sport ini lebih dinamik dengan penyesuaian suspensi 10% yang lebih baik, 'differential rear axle' dioptimumkan serta fungsi Vectoring Torque baharu yang mengedarkan tork secara individu ke setiap roda.

Penggunaan carbon fibre untuk pelbagai komponen seperti penstabil, penutup intercooler dan pengelap kaca cermin adalah sebahagian daripada rejim penjimatan berat Chiron Sport. Bersama kaca yang lebih ringan di tingkap belakang dan pemutar ekzos baru, berat kereta ini berkurangan sebanyak 18 kg berbanding Chiron biasa.

Chiron Sport ini diberikan enjin W16 quad-turbo 8.0L, yang menghasilkan 1,479 hp (1,500 PS) dan tork 1,600 Nm, transmisi automatik dual-clutch tujuh kelajuan dan dikatakan mampu memecut kurang dari 2.5 saat (0-100km/hr).

 

Chiron Sport berbeza dari model biasa dengan ekzos paip di bahagian belakang dan reka bentuk lebih 'bersudut'. Semasa sesi di litar pengendalian Nardo di Bugatti, Chiron Sport lebih cepat dari Chiron biasa dengan pengurangan masa sebanyak lima saat lebih cepat dan mampu mencapai potensi pengendalian penuhnya walaupun pada kelajuan melebihi 200km/hr.

Stephan Winkelmann, Presiden Bugatti Automobiles S.A.S. berkata sejak berlangsung pratonton Chiron di seluruh dunia, ia telah melihat kejayaan yang luar biasa dari para pelanggan.

Pang Cheong Yan, Pengarah Urusan Divisyen Prestij Wearnes Automotive pula berkata,"kami berbangga mewakili Bugatti di Malaysia. Para pelanggan di sini sudah tidak sabar-sabar menunggu ketibaan kereta sport muktamad ini dan kami sangat gembira membawa Bugatti Chiron Sport akhirnya sampai ke Malaysia. Kami gembira dapat membawa jenama ini lebih dekat kepada para pelanggan Malaysia dengan pratonton ini dan berharap dapat bertemu dengan mereka".

 

Sedikit sedutan video untuk dengarkan sendiri bunyi ngauman ekzos dari Bugatti Chiron Sport ini:-

 

 

Sedikit latar belakang tentang Wearnes Automotive adalah mereka merupakan pengedar Bugatti rasmi sejak tahun 2006 dan kini mengusahakan jualan, selepas jualan dan pemasaran untuk Bugatti Automobiles melalui pejabat mereka di Singapura.

Untuk makluman Bugatti Chiron ini telah dipamerkan buat pertama kali pada Pameran Motor Antarabangsa Geneva ke-88. Bugatti membentangkan Chiron Sport, yang menawarkan pengendalian dan peningkatan yang ketara, lebih ketangkasan dengan diberikan kuasa dan prestasi. Pada bulan Mei yang lepas, Bugatti meraikan pengeluaran dan penghantaran Chiron ke-100. 

Wearnes Automotive adalah syarikat mewakili Bugatti di Asia Tenggara, bersama dengan Aston Martin dan Bentley. Sekiranya anda berhajat memilikinya, anda perlu berhubung dengan mereka, di mana deposit sebanyak 200,000 Euro (RM945,205) diperlukan untuk kontrak dengan syarikat yang berpangkalan di Molsheim.

Seluruh urusniaga ini hanya akan dijalankan dengan penggunaan mata wang Euro, dan harga Bugatti Sport ini adalah 2.65 juta euro (kira-kira RM12.5 juta) sebelum cukai dan opsyen mengikut pilihan pembeli, yang perlu dibayar terus kepada Bugatti.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sewaktu dilancar pada 1924, Type 35 hadir dengan pelbagai inovasi teknikal yang telah…
Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…