Bugatti Chiron Profilée - satu unit sahaja dalam dunia, bakal dilelong Februari 2023

oleh Mohamad Hanif|
Sehingga ke saat ini, Bugatti sudah pun menghasilkan pelbagai jenis varian supercar Chiron berenjin W16 termasuklah Chiron Super Sport 300+, Chiron Pur Sport, Chiron La Voiture Noire, Chiron Noire dan Chiron Super Sport.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kesemua slot yang diperuntukkan untuk membina Chiron itu tadi telah pun habis direbut, dan ia tidak menghalang Bugatti untuk membina sebuah lagi Chiron - salah satu model terakhir yang dilengkapi dengan enjin ikonik itu.

 

Chiron


Bugatti Chiron Profilée membawakan beberapa elemen daripada model Pur Sport seperti casis yang ditala semula, nisbah gear yang lebih pendek, diikuti dengan spring yang lebih keras untuk pengendalian di selekoh yang lebih berkesan.

Ciri unik yang ada pada jentera ini adalah kehadiran sayap kekal di bahagian belakang, sementara seksyen bawah badan menampilkan kemasan gentian karbon yang terdedah berwarna Bugatti Blu Royal.
 

Chiron


Ruang kabin Chiron Profilée pula membawakan kemasan kulit tenunan yang pertama diperbuat daripada 2,500 meter jalur kulit dan boleh dilihat jelas pada papan pemuka, panel pintu dan terowong tengah.

Warna Argent Atlantique yang digunakan juga merupakan warna eksklusif yang dihasilkan untuk model Profilée ini.
 

W16


Bugatti Chiron Profilée menggunakan enjin W16 yang mampu menjana kuasa setinggi 1,479 hp, sama seperti apa yang digunakan pada model asas Chiron.

Model binaan sekali (one-off) ini akan dilelong oleh RM Sotheby's pada 1 Februari ini dengan hasil yang akan disumbangkan untuk tujuan amal.

Ia berkemungkinan besar mampu mencecah nilai melebihi £8 juta (RM42.81 juta)!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sewaktu dilancar pada 1924, Type 35 hadir dengan pelbagai inovasi teknikal yang telah…
Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…