Bugatti Centodieci - inspirasi daripada supercar klasik EB110, dan 1,578 hp!

oleh Mohamad Hanif|
Bugatti Centodieci, jika dilihat seimbas lalu membawakan elemen-elemen supercar klasik yang pernah diperkenalkan sebelum ini oleh Bugatti bersempena ulang tahun Ettore Bugatti yang ke-110 pada tahun 1991, iaitu EB110.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut ketua pengarah unit rekaan, Achim Anscheidt berkata, "untuk membawakan rekaan klasik kepada sebuah platform baharu tanpa meniru adalah sangat kompleks secara teknikalnya. 

"Kami perlu mencipta satu cara baharu bagi menggandingkan keperluan aerothermal yang sangat kompleks dari Chiron kepada sebuah rekabentuk luaran yang serba estetik. 
 


Walaupun ia sangat mencabar, para jurutera berjaya menggabungkan elemen EB110 dan Chiron di dalam Centodieci ini. 

Reka bentuk gril kasut kuda yang lebih kecil tidak pula nampak janggal di hadapan, diikuti oleh slitter hadapan dan hud yang lebih aerodinamik. 

Manakala lampu utama LED pula diintegrasikan dengan lampu nyalaan siang. 
 


Kedudukan tiang A pula direka dengan lebih bersudut bagi memasang bumbung yang lebih rata (tidak seperti Chiron), manakala skup udara sisi Chiron telah digantikan dengan lima bukaan kemasukan udara berbentuk bulat di sisi. 

Bahagian belakang pula adalah unik kepada Centodieci di mana ia menampilkan rekaan berliang, lampu utama terapung, diffuser yang besar dan diakhiri dengan sistem ekzos tip berkembar di kiri dan kanan. 
 


Dengan segala inovasi yang ditunjukkan, ia tidak menolak fakta bahawa Centodieci hanya memiliki berat 20 kg kurang daripada Chiron, terima kasih kepada penggunaan pengelap tingkap dan stabilizer daripada bahan gentian karbon. 

Malah, menurut CEO Bugatii, Stephan Winkelmann berkata, Centodieci memiliki nisbah kuasa-kepada-berat dan dinamik pengendalian yang lebih baik berbanding Chiron. 
 


Kuasa Centodieci diperoleh daripada enjin bentangan W16 8.0 liter yang mampu menjana 1,578 kuasa kuda (tambahan 99 hp daripada Chiron) dengan kuasa pecutan sepantas 2.4 saat dari pegun ke 100 km/j. 

Dengan kuasa sepantas itu, Bugatti hanya mengehadkan pengeluarannya kepada 10 unit sahaja dengan 2 unit akan diserahkan kepada pelanggan setiap tahun. 
 


Harga jualan? 

Bermula dari £7.3 juta (RM37.11 juta) dan menariknya, kesemua 10 unit telah pun habis dijual!

Berita Berkenaan

Berita Global
  Dari situ lahir Chiron Super Sport ‘57 One of One’ dan kisah di sebaliknya memang menarik.…
Berita Global
Bugatti Chiron Super Sport Golden Era hadir dengan ciri unik di mana ia menampilkan 45 lakaran…
Berita Global
  Dalam kejadian pada waktu siang itu, jutawan bernama Abdullah F. Al Basman sedang memandu kereta…