Bugatti Carbone Limited Edition - jam tangan pintar gentian karbon, 2500 unit, dari RM12k

oleh Mohamad Hanif|
Menerusi kerjasama dengan pengeluar jam tangan VIITA, Bugatti melancarkan jam tangan pintar pertama di dunia dengan binaan casis daripada bahan ringan gentian karbon sepenuhnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Casis jam tangan Bugatti Carbone Limited Edition ini sebenarnya diukir daripada seketul blok gentian karbon, membolehkan berat keseluruhan diringankan sebanyak 13 peratus.
 

Carbone


Ia juga turut dipadatkan dengan 1,000 komponen yang membolehkan jam pintar ini merekodkan data yang lebih tepat dan jitu, serta pecutan dan masa pusingan di dalam litar lumba.

Bateri 540 mAh pula membolehkan jam tangan ini bertahan sehingga 15 hari mengikut penggunaan normal tanpa fungsi GPS.
 

Carbone


Bugatti Carbone Limited Edition juga boleh digunakan untuk memeriksa data kesihatan seperti kadar degupan jantung dan tahap stress pemilik, selain menawarkan maklum balas terhadap pelbagai fungsi lain seperti umur biologi, tahap dehidrasi, corak tidur dan sebagainya.

Kesemua ciri itu dipaparkan menerusi skrin AMOLED 390x390 piksel 16.7 juta warna dengan perlindungan kaca sapphire serta mempunyai ketahanan kalis air sedalam 100 meter.
 

Carbone


Berdasarkan semakan di laman web Bugatti Smartwatches, harga jualan Bugatti Carbone Limited Edition ini bermula dari RM12,292.

Harus diingat, hanya 2,500 unit sahaja yang akan diproduksikan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Porsche, jam tangan pintar ini diinspirasikan daripada model sedan elektrik Porsche Taycan…
Gaya Hidup
Sebagai makluman, GSW-H1000 merupakan jam tangan G-Shock pertama yang dilengkapi sistem operasi…
Gaya Hidup
Menerusi kerjasama dengan pengeluar barangan yang boleh dipakai VIITA, Bugatti melancarkan tiga…