Bugatti Bolide - hypercar untuk kegunaan litar, 1,824 kuasa kuda!!

oleh Mohamad Hanif|
Perang supercar/hypercar paling pantas kini berterusan dengan pengenalan sebuah lagi model yang dikhususkan untuk kegunaan litar dari Bugatti, iaitu Bolide yang kelihatan sebagai sebuah jentera dalam kelas LMP1.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bugatti Bolide sebenarnya bermula sebagai sebuah kajian eksperimental untuk melihat potensi sebenar sebuah kereta ringan dengan nadi ikonik 8.0 liter W16.

Malah, menurut CEO Bugatti Stephan Winkelmann menyifatkan Bolide sebagai 'sebuah kenderaan yang mempunyai empat roda, enjin, kotak gear, roda stereng dan satu-satunya ciri kemewahan yang ada - dua tempat duduk'.

 


Bolide dikuasakan oleh nadi Chiron W16 yang telah dimodifikasi bagi menghamburkan kuasa setinggi 1,824 hp dan daya kilas 1,850 Nm, dan jika diambil kira berat Bolide sekitar 1,240 kg, ia mampu menawarkan prestasi seakan sebuah jentera F1!

Untuk menjadikan Bolide lebih ringan, Bugatti menggunakan beberapa komponen seperti elemen titanium pada skru, komponen yang berfungsi, brek seramik dan penggunaan bahan gentian karbon pada casis monocoque.

Mengikut teori, dengan penggunaan bahan ringan itu tadi, Bugatti Bolide mampu mencapai kelajuan tertinggi melampaui 500 km/j!

 


Menurut simulasi Bugatti, Bolide mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 2.17 saat, 0-200 km/j dalam 4.36 saat, 0-300 km/j dalam 7.37 saat, 0-400 km/j dalam 12.08 saat dan 0-500 km/j dalam 20.16 saat, dengan keupayaan untuk menjana tenaga G maksimum 2.8 G.

Malah, untuk mengelilingi litar Nurburgring, Bugatti Bolide hanya mengambil masa sekitar 5:23.1 minit sahaja.

Aspek aerodinamik turut dititikberatkan dengan penggunaan skup kemasukan udara yang boleh berubah bergantung kepada kelajuan pemanduan, di mana pada kelajuan tinggi ia akan mengurangkan kadar pekali seretan sebanyak 10 peratus serta mengurangkan daya angkat sebanyak 17 peratus.

 


Ia juga dikatakan mampu mengotimasikan aliran udara kepada sayap belakang, di mana pada kelajuan 320 km/j, daya turun mampu mencecah 1,800 kg pada sayap belakang, dan 800 kg pada sayap depan.

Walaupun Bolide merupakan sekadar eksperimen, Bugatti tetap memastikan pembinaan hypercar ini menepati ciri keselamatan yang telah ditetapkan oleh FIA.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dikuasakan oleh nadi Chiron W16 yang telah diubahsuai supaya mampu menghasilkan kuasa setinggi 1…
Berita Global
  Dibekalkan kuasa tinggi dan sebagai sebuah kereta litar hiper, Bolide menggunakan monokok…
Berita Domestik
Malah, koleksi hypercar-nya juga tidak kurang hebat, dengan unit seperti Chiron berharga $2.6 juta…