Bugatti Baby II Carbon Edition untuk pemiilik Mistral, RM368 ribu sahaja!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bugatti Baby II Carbon Edition
Bugatti Baby II Carbon Edition
Khas untuk pemilik kereta hiper W16 Mistral, Bugatti menawarkan edisi terhad Baby II Carbon Edition pada harga 80,000 euro (RM368,530.34).

Kereta mini Baby II Carbon Edition dibangunkan dengan kerjasama The Little Car Company dan dibuat menggunakan tangan mengikut spesifikasi pelanggan.

Kereta mini ini juga dikeluarkan sebagai penghormatan reka bentuk dan kejuruteraan kepada W16 Mistral yang merupakan model jalanan terakhir menggunakan enjin W16.

Selain warna badan dan spesifikasi khas pelanggan, Bugatti Baby II Carbon Edition dilengkapi komponen yang dibuat dari karbon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Bugatti W16 Mistral

Sebagai contoh kemasan pada radiator dan gril, panel papan pemuka dan dalaman, pemegang cermin dan hab stereng.

Identiti setiap unit diserlahkan dengan nombor casis dan nama model yang diukir pada panel dalaman.

Selain karbon, Bugatti menggunakan warna hitam bagi menaikkan lagi tarikan pada Carbon Edition.

Satu lagi yang menarik, set tayar ganti, pendakap dan tali ditanggalkan untuk mengurangkan berat kereta.

 

Bugatti Baby II Carbon Edition

 

Bagi menghormati negara kelahiran Bugatti, pelanggan boleh memesan bendera Perancis yang dihasilkan dengan tangan pada sisi Carbon Edition.

Lampu besar Carbon Edition jenis LED dimuatkan di dalam kelongsong klasik dan disusun melintang ala W16 Mistral.

Sebagai imbasan, Bugatti Baby II diperkenalkan pada 2019 dengan pengeluaran dihadkan kepada 500 unit sahaja.

Kereta ini dikeluarkan sebagai penghormatan kepada model asal Bugatti Baby yang dihasilkan oleh Ettore Bugatti pada 1926.

 

Bugatti W16 Mistral

 

Dibuat pada skala 75 peratus daripada Bugatti Type 35, Baby II dibangunkan bagi meraikan ulang tahun ke-110 dan suatu yang penting dalam mengekalkan sejarah Bugatti.

Baby II Carbon Edition menggunakan reka bentuk sama dengan ciri asal Type 35 seperti meter yang disesuaikan mengikut peredaran masa.

Meter tekanan minyak direka semula sebagai meter bateri dan sebagai tanda penghormatan kepada Veyron, meter minyak ditukar kepada meter kuasa.

Setiap pelanggan boleh memesan Baby II mengikut spesifikasi W16 Mistral milik mereka dan barulah sedondon!

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Bugatti Baby II Carbon Edition