Bugatti Baby II 2023 dibuka untuk bidaan, dijangka lebih RM460 ribu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Bugatti Baby II 2023
Bugatti Baby II 2023
Sudah beberapa kali Careta laporkan tentang Bugatti Baby II, kereta elektrik dengan skala 75 peratus model popular Bugatti Type 35.

Terbaru sebuah Bugatti Baby II 2023 bakal ditawarkan pada sesi bidaan Gooding & Company, Pebble Beach Auctions pada 19 Ogos depan di California, Amerika Syarikat.

Bugatti Baby II dibuat dengan tangan oleh para jurutera The Little Car Company di Oxfordshire, United Kingdom.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Baby Bugatti II 2023

 

Kereta itu dihasilkan dari imbasan tiga dimensi model asal kereta lumba Grand Prix 1924 dan digerakkan motor elektrik yang menjadikannya sebuah kenderaan elektrik (EV).

Unit Bugatti Baby II yang ditawarkan di Pebble Beach hanya wujud sebuah sahaja.

Badan kereta menggunakan warna Gunpowder Black dan saduran emas pada radiator dan lampu depan. 

 

Baby Bugatti II 2023

 

Kombinasi tersebut memang sangat padan dan menarik perhatian. Nombor 72 yang terpampang diwarnakan dengan tangan.

The Little Car Company dan Bugatti memastikan Bugatti Baby II tampil dengan ciri-ciri model asal.

Suspensi dan geometri kereta dibuat sama dan begitu juga bahagian kokpit dengan papan pemuka aluminium seperti Type 35.

 

Baby Bugatti II 2023

 

Bugatti Baby II ditawarkan dalam tiga versi iaitu Base, Vitesse dan Pur Sang.

Unit yang ditawarkan adalah versi Vitesse dengan badan gentian karbon dan kuasa lebih tinggi atau 60 peratus lebih berkuasa berbanding model standard.

Pek bateri 2.8 kilowatt-jam (kWj) pula membekalkan 50 peratus penambahan jarak pemanduan.

Sebagai sebuah EV, tolok tekanan bahan api ditukar kepada tolok bateri manakala tolok minyak yang ditukar kepada bacaan kuasa adalah perakuan kepada Veyron.

 

Baby Bugatti II 2023

 

Pedal boleh dilaras dibuat dari bilet aluminium solid dan memaparkan logo EB.

Pam bahan api dihasilkan semula dan ditukar fungsi sebagai pemilih pemanduan ke depan, neutral atau mengundur.

Tiada harga rizab untuk Bugatti Baby II ini namun dijangka terjual di antara AS$100,000 (RM462,936) hingga AS&120,000 (RM555,523) 

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Foto: Hak milik dan ihsan Gooding & Company. Gambar oleh Ian Skelton.

 

Baby Bugatti II 2023