BUDI95 diselaras kepada 200 liter sebulan mulai 1 April,

oleh Qalif Latif|
Kerajaan mengumumkan penyerasan subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter kepada 200 liter sebulan, berkuat kuasa mulai 1 April 2026, namun menegaskan majoriti rakyat tidak akan terkesan dengan langkah itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan meneliti perkembangan semasa ekonomi dunia, bekalan minyak global dan tekanan berterusan akibat konflik di Asia Barat.

Menurut beliau, data semasa menunjukkan purata penggunaan BUDI95 hanyalah sekitar 100 liter sebulan, justeru kira-kira 90 peratus rakyat masih berada di bawah paras penggunaan baharu itu.

Had e-hailing kekal 800 liter sebulan

Dalam pengumuman sama, kerajaan turut mengekalkan had siling khas untuk pemandu e-hailing pada 800 liter sebulan.

Langkah itu dilihat penting bagi memastikan kumpulan yang bergantung kepada kenderaan untuk menjana pendapatan harian tidak terbeban dengan pelaksanaan penstrukturan subsidi bahan api.

Dengan kata lain, penyerasan ini lebih tertumpu kepada penggunaan biasa individu, tanpa menjejaskan kumpulan yang mempunyai keperluan operasi lebih tinggi.

PMX

 

Harga RON95 subsidi kekal RM1.99 seliter

Walaupun had penggunaan BUDI95 dikurangkan daripada 300 liter kepada 200 liter, harga subsidi RON95 kekal pada RM1.99 seliter.

Kerajaan menjelaskan bahawa langkah ini bersifat sementara sementara menunggu pasaran minyak, bekalan global dan ekonomi dunia kembali stabil.

Had pembelian diesel sementara di Sabah dan Sarawak

Dalam masa sama, kerajaan juga mengumumkan pelaksanaan had pengisian diesel secara sementara di Sabah dan Sarawak bagi membendung isu ketirisan serta aktiviti penyeludupan.

Antara ketetapan yang diumumkan ialah:

  • Kenderaan ringan pengangkutan darat awam, barangan dan persendirian: maksimum 50 liter setiap pembelian

  • Kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan tidak melebihi 3 tan: maksimum 100 liter setiap pembelian

  • Kenderaan melebihi 3 tan: maksimum 150 liter setiap pembelian

PMX

Langkah kawalan elak subsidi terus bocor

Pelaksanaan had sementara itu dilihat sebagai antara langkah kawalan segera kerajaan bagi mengurangkan ketirisan subsidi diesel, khususnya di kawasan sempadan dan laluan berisiko tinggi.

Ia juga menunjukkan kerajaan kini mengambil pendekatan lebih bersasar dan fleksibel, dengan fokus untuk memastikan subsidi bahan api benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan, tanpa terus membebankan kedudukan fiskal negara.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut kementerian itu penggunaan atau pemilikan MyKad milik orang lain tanpa kuasa yang sah…
Informasi
"Kita harus lihat kepada keseluruhan ekosistem, termasuk soal bekalan minyak. Setakat ini keadaan…
Informasi
"MoF akan diminta untuk membentangkan (mekanisma baharu) sama ada di mesyuarat Majlis Tindakan…