"Setakat ini maklum balas yang kita terima ialah dari segi pelaksanaannya berjalan lancar sama ada guna MyKad atau kad fleet. Tak ada sebarang rungutan atau gangguan sebab dia lebih kurang sama seperti Budi Madani RON95 (BUDI95)," katanya selepas menghadiri Program Lawatan Pasar Tani Putrajaya di sini pada Jumaat.
Menurut beliau, orang ramai yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut berkaitan pelaksanaan inisiatif itu boleh mendapatkan panduan selain mengemukakan permohonan berkaitan.
"Berdasarkan maklum balas, kenderaan didaftarkan atas nama bapa tetapi digunakan oleh anak. Maklumat ini ada disediakan di portal budimadani.gov.my," katanya.
Kerajaan baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan BUDI Diesel pada harga RM2.10 seliter bermula 1 Julai, bagi mengurangkan ketirisan subsidi kerajaan, sekali gus memastikan bantuan disalurkan terus kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini memaklumkan pelaksanaan itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 400,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di Semenanjung Malaysia serta 300,000 lagi di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.