Budak lelaki 12 tahun buat huru-hara di jalan raya selepas 'curi ' pandu Kia Picanto

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang kanak-kanak lelaki telah dirakam memandu kenderaan secara melulu di ruang tempat letak kereta di Queensland, di sebuah pusat membeli-belah.


Rakaman video tersebut telah menunjukan percubaan beberapa orang awam yang cuba menghalangnya tetapi tidak berjaya.


Kanak-kanak berusia 12 tahun itu dirakamkan berundur keluar dari petak letak kereta di bahagian luar pasar raya di North Lakes pada petang Sabtu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Sekumpulan orang awam yang merangkumi enam orang dewasa telah dilihat cuba mengejar Kia Picanto yang berwarna kelabu ketika pemandu dibawah usia itu menyusuri tempat letak kereta tetapi tidak berjaya.


Kanak-kanak tersebut kemudian melanggar bahu jalan sebelum berhenti dan berjalan kaki meninggalkan kenderaan tersebut. 


Rakaman itu telah disiarkan ke halaman Facebook komuniti tetapi telah dipadamkan. Wanita yang merakam video itu mendakwa kanak-kanak itu "hampir melanggar tiga kereta dan hampir merempuh lima orang awam cuba menghalangnya".

 

Jurucakap Polis Queensland memberitahu Yahoo News Australia bahawa mereka telah menerima laporan mengenai seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta di North Lakes pada kira-kira 2.30 petang.


“Kenderaan itu ditinggalkan di jalan berhampiran dan pemandu berusia 12 tahun telah disoal siasat oleh polis. Tiada sebarang kerosakan pada kereta tersebut," kata polis.


Siasatan awal menunjukkan bahawa kanak-kanak lelaki itu telah melawat pusat membeli-belah itu bersama seorang dewasa tetapi telah diberitahu untuk menunggu di dalam kereta.

 

“Kanak-kanak lelaki itu kemudian memutuskan untuk memandu kenderaan tersebut. Pihak polis telah menemuramah kanak-kanak tersebut dan siasatan sedang dijalankan,” kata jurucakap polis itu. 


Tiada  kemalangan atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

 

 

Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
  Picanto yang berada dalam segmen A digemari pengguna UK dan sekarang ini model petrol baharu…
Berita Global
Berdasarkan gambar yang dibocorkan oleh Autospy, Kia Picanto 2024 kini membawakan rekaan jeriji…
Berita Global
Nama Hyundai Casper ini bukanlah diambil daripada karakter hantu yang comel itu, sebaliknya ia…