Budak 12 tahun memandu sejauh 1,300km cuba rentas Australia

oleh Careta.my|
little-kid
little-kid
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Cuba anda bayangkan, betapa ngerinya sebagai ibubapa ataupun dewasa yang mendapati anak berusia 12 tahun yang hilang rupa-rupanya telah mencuri kereta keluarga dan memandunya sejauh 1,300km. Inilah kisahnya yang berlaku minggu lepas di Kendall berhampiran Port Macquarie, apabila seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba memandu kereta keluarganya untuk merentasi Australia gagal apabila ditahan oleh pihak polis setelah memandu sejauh 1,300km. “Dia telah mengambil kereta keluarganya. Kedua ibubapa nya telah melaporkan yang dia hilang sebaik sahaja dia meniggalkan rumah” kata Detektif Inspektor Kim Fehon. Kanak-kanak itu telah meniggalkan rumahnya di Kendall kira-kira jam 11.01 pagi pada hari Jumaat. Polis pula telah menahan kanak-kanak itu di Broken Hill di pendalaman New South Wales (NWS) pada hari Sabtu pagi apabila mendapati bampar belakang kenderaan itu terserat ke atas jalan. Ini juga bermakna, kanak-kanak itu telah terlibat dalam kemalangan semasa memandu.Walaubagaimanapun,tiada kecederaan atau korban yang dilaporkan. Polis juga berkata, kanak-kanak itu sebenarnya cuba memandu sejauh 4,000km dari Kendall di NWS ke Perth, Australia Barat.

google map

Jurucakap polis turut menyatakan bahawa kanak-kanak itu berkemungkinan meghadapi tuduhan di bawah Akta Pesalah Muda. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan awasi anak-anak kita untuk mengelakkan daripada terjadi kejadian yang tidak sepatutnya. Sumber:www.theguardian.com Gambar utama diambil dari www.albasun.com