Buang sampah di petak parkir, MBPP akan ambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan

oleh SALINA JALIL|
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengambil tindakan tegas terhadap seorang lelaki yang didakwa membuang sampah dari keretanya yang diparkir di tempat meletak kenderaan.


MBPP memberi maklum balas demikian susulan tularnya sebuah video yang memaparkan gelagat seorang lelaki sedang membersihkan keretanya dan selamba membuang sampah di petak parkir di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

"MBPP memandang serius dan tindakan yang tegas akan diambil ke atas mana-mana individu yang mengotorkan bandar raya kita.

 

"Tindakan di bawah Seksyen 47(1)(e) Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 yang membawa hukuman denda sehingga RM500 boleh dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan. Sabitan kedua atau kali kemudian boleh didenda sehingga RM1,000," tulisnya dalam catatan di Facebook.

 

MBPP juga menyarankan orang ramai untuk menjadi 'mata dan telinga' dengan melaporkan kepada pihak berkuasa agar sama-sama bertanggungjawab memelihara kebersihan bandar.

 

 

The Star

Berita Berkenaan

Informasi
"PBT akan mengeluarkan kompaun dan pastikan ia dibayar. Tindakan tegas akan diambil dan kamu yang…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek kejadian…
Informasi
  SWCorp Johor dalam kenyataannya memberitahu siasatan telah dijalankan bagi mengesan pelaku…