Buang sampah dalam sungai - JPJ keluar notis terhadap pemilik Bezza

oleh Mohamad Hanif|
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan sudah mengambil tindakan terhadap pemilik kereta yang membuang sampah ke dalam sungai di Tanah Merah semalam.

PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pengarahnya, Hanif Yusabra Yusuf berkata, hasil maklumat dan siasatan, JPJ telah mengeluarkan notis temu siasat di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kereta itu.

Katanya, membuang sampah dari kenderaan bermotor merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa mengikut Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas Jalan 1959.

“Pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 119(2) akta yang sama yang membawa hukuman denda sehingga RM2,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan jika sabit kesalahan.

“Jika sabit kesalahan kedua, individu boleh didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjara tidak melebihi dua bulan penjara atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, satu video tular di laman sosial Facebook yang memaparkan seorang wanita membuang sampah dari bahagian penumpang hadapan dari sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Tanah Merah malah, ada yang mengatakan wanita itu bukan membuang sampah, sebaliknya membuang saka.

Menurut Hanif Yusabra, JPJ menasihatkan pengguna jalan raya supaya tidak melakukan perkara yang sama kerana tindakan saman boleh diambil.

Ujarnya, tindakan sedemikian turut boleh mencemarkan alam sekitar selain boleh membahayakan kepada pengguna jalan raya lain yang menggunakan jalan tersebut.

Katanya, sehubungan itu, orang ramai diminta terus menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa, bagi membantu mengambil tindakan segera.

“JPJ sentiasa memantau dan mengambil tindakan pesalah yang melakukan kesalahan trafik.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan pesalah trafik boleh menyalurkan maklumat lengkap melalui emel [email protected] untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: Kosmo

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pemandu bas berusia 51 tahun itu dalam aduannya mendakwa dia diarahkan memberhentikan basnya di…
Informasi
VOC mula diperkenalkan pada 2016 oleh JPJ bagi menggantikan Kad Pendaftaran Kenderaan atau…
Berita Domestik
Pada Isnin, HeiTech Padu menerima surat lantikan daripada JPJ membabitkan tender bernilai RM190.01…