BTCC guna Toyota Corolla uji teknologi hibrid, dibangunkan Cosworth!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Kejohanan Kereta Penumpang British (BTCC) sentiasa dekat dengan pengguna melalui model yang boleh dibeli dari bilik pameran.

Walaupun mempunyai spesifikasi teknikal berbeza, ia masih model yang sama ditawarkan oleh pengeluar.

Memandangkan industri kereta sekarang ini hebat dengan agenda elektrifikasi, adalah munasabah untuk BTCC pun turut serta dan itu yang bakal dilakukan.

Menjelang tahun 2022, tenaga hibrid akan diperkenalkan pada kereta BTCC dan TOCA selaku penganjur perlumbaan telah memulakan beberapa langkah.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
TOCA Hybrid Toyota Corolla

 

Kereta Hibrid TOCA dibangunkan oleh Cosworth dan berjaya menghabiskan ujian pertama di Litar Snetterton 300, Norfolk pada 7 dan 8 Julai 2020. 

Menariknya kereta yang dipandu oleh pelumba berpengalaman Darren Turner ialah sebuah Toyota Corolla Hatchback.

Pengumuman integrasi tenaga hibrid diumumkan buat kali pertama pada Ogos 2018.

Susulan itu, tender dipanggil dan Cosworth Electronics dilantik untuk merekabentuk, membekal dan menyelenggara sistem Hibrid TOCA dan Speedworks Motorsport dipilih sebagai rakan ujian rasmi.

Sejak dari itu kedua-dua organisasi bekerja rapat bagi kerja-kerja integrasi dan validasi pakej hibrid ke dalam Toyota Corolla BTCC. 

 

TOCA Hybrid Toyota Corolla

 

Dengan kerja keras selama berbulan-bulan, kereta itu berjaya disiapkan sebelum ujian tayar BTCC Goodyear yang berlangsung pada pertengahan musim panas.

Darren Turner yang juga pemandu pembangunan Hibrid TOCA berjaya menghabiskan sesi ujian di litar di dalam keadaan kering dan basah. 

Ini adalah kali pertama Darren Turner kembali mengemudi jentera BTCC selepas lebih daripada satu dekad.

Kereta Hibrid TOCA menjalani ujian selama dua hari dalam sesi yang melibatkan 26 kereta BTCC di litar yang sama. 

 

TOCA Hybrid Toyota Corolla

 

Lebih menarik apabila ujian hari ketiga hari dibatalkan selepas kesemua sasaran dan matlamat telah berjaya dicapai.

Jadi bagaimana kereta lumba BTCC dengan tenaga hibrid? Ini bukan kali pertama kerana siri perlumbaan lain seperti WEC dan F1 telah pun memulakan agenda tersebut.

Formula E sendiri melibatkan tenaga elektrik sepenuhnya.

Menarik untuk mengetahui spesifikasi terperinci teknologi hibrid yang digunakan dan bagaimana ia dapat membantu kereta lumba BTCC.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

TOCA Hybrid Toyota Corolla

 

Berita Berkenaan

Informasi
Di bawah adalah antara 10 informasi yang ramai tidak tahu berkaitan Proton Waja ini.   1. Proton…
Berita Global
Jentera lumba hatchback tersebut bakal disediakan oleh Speedworks Motorsports dengan tugas pemandu…
Berita Global
Honda UK telah menghasilkan model Civic Type R untuk perlumbaan British Touring Car Championship (…