BSTP Melaka Tengah: 31 pemandu mabuk ditahan dari Januari ke April

oleh SALINA JALIL|
Masih ramai yang engkar dengan memandu kenderaan dalam keadaan mabuk di negeri ini. Polis negeri ini berjaya menahan seramai 31 individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol dalam Op Mabuk di sekitar daerah ini sejak Januari sehingga bulan lalu.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, kesemua pemandu yang ditahan berusia antara 20 dan 50 tahun.

Modenas

 

Afzanizar turut berkata, lelaki berusia 46 tahun yang memandu kereta Toyota Camry dalam perjalanan dari arah Jalan Limbongan menghala ke Klebang manakala lelaki berusia 30 tahun pula dari arah Jalan Limbongan menghala ke Pokok Mangga di Melaka, Jumaat lalu.

 

"Pemeriksaan lanjut mendapati mereka memandu di bawah pengaruh alkohol melebihi had ditetapkan.

 

"Mereka kemudian dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Melaka Tengah untuk ujian pernafasan kali kedua," katanya.

 

Beliau berkata, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

 

"Sejak Januari hingga April lalu, sebanyak 31 tangkapan dibuat pihak membabitkan pemandu mabuk dan 21 kes sudah dituduh di mahkamah.

 

"BSPT Melaka Tengah akan terus melakukan operasi terancang dalam usaha menjalankan penguatkuasaan terhadap pesalah trafik sekaligus dapat mengurangkan kes kemalangan," katanya.

 

 

 

Harian Metro

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Ujian saringan awal dengan alat SD2+ mendapati kedua-dua lelaki itu positif dan mereka dibawa…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly…
Berita Domestik
  Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohammed Farouk Eshak berkata, semasa anggota…