Honda Dash 125 menggunakan enjin satu silinder SOHC 124.9cc yang mematuhi EURO4 turut memberi kuasa output maksimum sehingga 9.8hp pada 8,000rpm dan 9.54Nm tork pada 6,500rpm.

Ia dipertingkatkan untuk prestasi dan estetika yang lebih baik, ia termasuk visor, penutup pemegang yang anggun dan lampu LED untuk penglihatan yang lebih baik.
Meter dail moden menyediakan maklumat penting dengan jelas, manakala brek cakera hadapan dan belakang memastikan prestasi brek yang seimbang dan optimum.

Gabungan ciri ini menjadikan Dash 125 pilihan yang menarik untuk penunggang yang mencari gaya dan fungsi.
Tambahan, Dash 125 mempunyai kapasiti bahan api sebanyak empat liter yang turut menerima Sistem Programmed Fuel Injection (PGM-FI) untuk mengoptimumkan penggunaan bahan api.

Dash 125 boleh didapati di semua IMPIAN X dan pengedar sah Honda di seluruh negara dengan harga jualan yang disyorkan dari RM6,599 tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.