B'Safe - Vest keselamatan dengan unit beg udara terbina dalam

oleh Mohamad Hanif|
Apabila anda membuat keputusan untuk menunggang, tidak kira basikal, motosikal ataupun kuda, kita tidak akan dapat lari daripada kecederaan sama ada melanggar ataupun dilanggar.

Hal ini disokong dengan kajian daripada firma Perancis, Helite yang menyebut hampir 40 peratus daripada kemalangan akan melibatkan bahagian dada, manakala selebihnya tulang belakang. 

Untuk mengelakkan lebih ramai mengalami kecederaan akibat pelanggaran ketika sedang menunggang, sebuah produk vest keselamatan dua fungsi diperkenalkan. 
 

B'Safe merupakan sebuah vest keselamatan yang terdiri daripada dua komponen berasingan:

  • vest keselamatan yang direka dengan unit 'beg udara' terbina dalam, 
  • unit elektronik yang terletak di bahagian bawah tempat duduk, dihubungkan menerusi sambungan tanpa wayar (wireless). 

Sekiranya berlaku sebarang insiden kemalangan, komponen accelerator yang terletak di bawah tempat duduk tersebut akan mengesan hentakan mengejut yang terhasil, seterusnya menghantar isyarat kepada vest keselamatan untuk mengaktifkan beg udara. 

Proses keseluruhan ini hanya mengambil masa kira-kira 80 milisaat sahaja. 

Unit bateri di dalam vest ini mampu bertahan selama tujuh hari untuk sekali cas, dan ia akan diaktifkan saat penunggang memakai vest dan zip penuh dan sebaliknya. 

 


Produk B'Safe ini akan mula dijual di Amerika dan Eropah pada musim bunga ini dengan harga permulaan $700 (RM2900++).  

Add new comment

Careta Ad