Brutale 800 RR LH44 - Edisi istimewa dari MV Agusta dan Lewis Hamilton

oleh Mohamad Hanif|
Lewis Hamilton kini sekali lagi bekerjasama dengan pengeluar motosikal MV Agusta dengan memperkenalkan sebuah lagi karya edisi terhad, Brutale 800 RR LH44.

Dihasilkan menggunakan MV Agusta Brutale 800 RR, edisi LH44 ini menggunakan enjin tiga silinder 800 cc yang sama menghasilkan 140 hp dan 87 Nm daya kilas. 
 


Dengan berat sekitar 172 kg, Brutale LH44 ini mampu mencecah kelajuan 244 km/j sekiranya anda merupakan seorang penunggang motor sejati yang lahir dengan bebola besi. 

Turut dilengkapkan pada motosikal edisi terhad ini ialah klac, alternator, dan penutup tangki bahan api yang dibina khas oleh CNC. 

Terdapat beberapa bahagian yang dibina menggunakan gentian karbon dan menggunakan kemasan balutan seramik untuk melindungi komponen kritikal. 


Akhir sekali, motosikal ini dilayangkan dengan warna merah dan hitam yang direka secara in-house oleh Lewis Hamilton dan pasukan pereka MV Agusta. 

Hanya 144 buah motosikal ini akan diproduksikan dan dijual pada tanda harga €24,144 (RM112k++ berdasarkan pertukaran wang asing semasa). 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

MotorGP
Namun begitu, netizens dan peminat MotoGp mengecam Fenati kerana lawak merbahaya beliau dan juga…
Pelancaran
Antara yang menarik perhatian ialah steering damper yang dibina bersekali dengan triple clamp atas…
Berita Global
Kita kenal Lewis Hamilton sebab dia pelumba dan juara 3 kali F1. Kita kenal beliau kerana beliau…