Brunei guna topi keledar pintar untuk imbas suhu jemaah di masjid

oleh SALINA JALIL|
Brunei akan menggunakan topi keledar pintar bagi mengimbas suhu badan jemaah yang mahu menunaikan solat Jumaat di masjid.


Peralatan berteknologi tinggi yang baru diperoleh itu sudah digunakan di banyak negara lain dan akan dimanfaatkan untuk memudahkan usaha memantau jemaah yang memasuki masjid.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Timbalan Setiausaha Tetap (Dasar dan Pengurusan) Kementerian Kesihatan, Maswadi Mohsin, berkata topi keledar berkenaan akan diguna menggantikan pengimbas sedia ada.

 

"Kaedah ini lebih cepat dan dapat mengurangkan kesesakan semasa memasuki masjid, sekali gus memastikan amalan penjarakan sosial di patuhi," katanya.

 

Satu demonstrasi diadakan di Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah semalam mengenai keupayaan alat itu, dalam usaha meningkatkan keberkesanan membendung penularan COVID-19. 

 

Teknologi pintar ini akan digunakan di sembilan masjid dalam pelaksanaan solat Jumaat, di antaranya di Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah, Masjid Omar 'Ali Saifuddien, Masjid Mohamed Bolkiah di Serusop, Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam di Jerudong, Masjid Hassanal Bolkiah di Mentiri, Hassanal Masjid Bolkiah di Tutong, Masjid RPN Kampong Pandan di Kuala Belait, Masjid Muhammad Jamalul Alam di Kuala Belait dan Masjid RPN Kampong Lambak Kanan.

 

Ia mampu mengawasi suhu badan manusia ketika mereka sedang bergerak, yang kemudian dipaparkan skrin kecil di sebelah kanan topi keledar itu dan pada skrin komputer riba.

 

Fungsi dan larasan topi keledar terbabit juga boleh diakses menggunakan jam pintar khusus yang disediakan.

 

Senarai masjid yang menggunakan teknologi terkini itu akan berubah setiap minggu. 

 

 

 

sumber: agensi