Brosur produk Yamaha 135LC V6 terbocor - bakal dilancarkan tidak lama lagi?

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Satu kejutan yang menggemparkan media sosial minggu lalu dengan tersebarnya brosur produk motosikal kapcai Yamaha 135LC yang bakal dilancarkan oleh Hong Leong Yamaha Motor tidak lama lagi. 

Namun begitu, brosur tersebut sebenarnya didedahkan oleh salah sebuah pengedar motosikal dari selatan, iaitu Seng Hoe Motor Enterprise. 

Jika dirujuk kepada brosur yang terbocor ini, terdapat tiga perubahan utama yang bakal dibawakan iaitu:

  • pelindung hon serba baharu
  • penutup undercowl enjin
  • pengalir udara pada kiri dan kanan motosikal

Malangnya, tiada sebarang perubahan dinyatakan dari segi nadi kuasa, jadi adalah selamat untuk menganggap Yamaha 135LC ini kekal dengan enjin empat lejang silinder tunggal sejukan cecair bersesaran 134 cc dan transmisi klac auto empat kelajuan. 
 


Suapan bahan api pula masih lagi dikendalikan oleh unit karburetor dan bukannya jenis suntikan bahan api seperti mana motosikal moden yang lain.

Tiada sebarang harga anggaran diberikan namun jangkaan harga jualan motosikal kapcai ini dijangka tidak akan jauh berbeza dengan harga jualan sedia ada mengikut kedai motosikal yang menjualnya. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut laporan daripada rakan media Wapcar, ini merupakan versi yang lebih jelas dan lebih…
Berita Global
Ini dibuktikan dengan lebih jelas lagi menerusi gambar bocor yang baharu sahaja diperoleh Autoblog…
Berita Global
Generasi baharu hatchback segmen B Honda Jazz kini sedang giat diuji dan nampaknya anda tidak perlu…