British Airways perkenal pakaian seragam baharu, benar kru kabin pakai tudung

oleh Mohamad Hanif|
Buat pertama kali untuk tempoh hampir 20 tahun, British Airways memperkenalkan pakaian seragam baharu, di mana kru kabin wanita beragama Islam turut dibenarkan memakai tudung semasa bertugas.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan, rombakan pakaian seragam itu disifatkan oleh British Airways sebagai yang pertama di dalam industri.
 

British Airways


Seramai 30,000 kakitangan barisan hadapan syarikat itu akan menggunakan pakaian seragam baharu itu menjelang musim panas ini.

Reka bentuk pakaian seragam itu dihasilkan oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng selama lima tahun dan telah ditangguhkan sejak 2020 akibat pandemik Covid-19.
 

British


Pakaian seragam itu juga menyediakan alternatif buat kru kabin lelaki yang boleh memilih untuk memakai sut tiga helai yang dipadankan bersama, manakala wanita boleh memakai gaun, skirt atau seluar selain daripada jumpsuit.

"Lebih 1,500 kakitangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian dan mereka secara rahsia telah menguji pakaian seragam baharu ini selama enam bulan dalam penerbangan kargo," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif British Airways, Sean Doyle.

 


Sumber: Agensi

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, terdapat lebih 20 penerbangan yang dijadual mendarat di Heathrow turut dibatalkan…
Berita Global
Doyle juga berkata mereka yang belum divaksin tetapi menerima keputusan negatif dalam ujian Covid-…