British Airways mahu mereka yang sudah menerima vaksin dibenarkan terbang

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat Penerbangan Britain, British Airways (BA) mahu mereka yang sudah menerima vaksin dibenarkan melakukan perjalanan tanpa sekatan.

Kerajaan Britain bakal mengumumkan SOP perjalanan masuk dan keluar negara itu pada 12 April nanti dan Sean Doyle, Ketua Eksekutif BA berharap pihak kerajaan akan membenarkan penerbangan lebih ramai penumpang.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Doyle juga berkata mereka yang belum divaksin tetapi menerima keputusan negatif dalam ujian Covid-19 patut dibenarkan melakukan perjalanan.

Britain sudah memulakan proses pemberian vaksin kepada rakyatnya dan hampir 44 peratus penduduk dewasa di sana (kebanyakan berusia lebih 60 tahun) sudah menerimanya.

Hampir kesemua syarikat penerbangan global mengalami situasi ekonomi yang getir kerana tidak mampu beroperasi 100 peratus sejak Covid-19 menular.

Syarikat penerbangan negara, MAS yang sudah menjadi "orang sakit Malaysia" sebelum pandemik itu lagi turut menerima bantuan dari kerajaan melalui pemilik saham tunggalnya Khazanah Nasional.

* Laporan penuh di Reuters

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Selain itu, terdapat lebih 20 penerbangan yang dijadual mendarat di Heathrow turut dibatalkan…
Berita Global
Menurut laporan, rombakan pakaian seragam itu disifatkan oleh British Airways sebagai yang pertama…