Bridgestone lancar program waranti ganti tayar rosak akibat objek asing - percuma!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn Bhd telah melancarkan sebuah program jaminan untuk tayar-tayar berjenama Bridgestone yang dinamakan sebagai 'Bridgestone Hazard Warranty Programme".

Program jaminan tersebut menawarkan penggantian tayar secara percuma bagi produk Bridgestone yang didapati rosak akibat objek asing yang terdapat di jalan raya*.

Penawaran program jaminan terbaharu itu dibuat di Sidang Pengedar Bridgestone di Dorsett Grand Subang merangkumi kesemua jenis tayar Bridgestone untuk kereta penumpang, MPV, SUV, kenderaan pacuan empat roda (H/T, H/P dan H/L) yang diedarkan oleh Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn Bhd dan tertakluk kepada pengedar Bridgestone di Semenanjung Malaysia.

Walaubagaimanapun, bagi tayar jenis All-Terrain (A/T) dan Mud-Terrain (M/T) tidak tertakluk kepada perlindungan yang ditawarkan oleh program ini. 

Menurut Yuichiro Shirai, Pengarah Urusan Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn Bhd berkata, "Bridgestone Hazard Warranty Programme merupakan tambahan perlindungan kepada jaminan standard yang ditawarkan oleh Bridgestone."
 


"HWP menawarkan penggantian tayar tanpa sebarang kos bagi tayar yang rosak teruk dan sukar untuk diperbaiki akibat objek asing dari permukaan jalan raya," tambah beliau lagi.

Terdapat kira-kira lebih daripada 200 buah pengedar yang mengambil bahagian di dalam program waranti ini  di seluruh negara bagi memberikan ketenangan minda kepada para pengguna tayar Bridgestone. 

Untuk mendaftar di bawah program ini, pengguna perlu melayari laman web https://warranty.bridgestonetyre.com.my dalam tempoh 14 hari daripada tarikh invois pembelian tayar dan ia akan berkuatkuasa enam bulan daripada tarikh tersebut. 

Untuk maklumat lanjut serta senarai pengedar yang mengambil bahagian, sila layari https://www.bridgestonetyre.com.my/en/customer-care/hazard-warranty-programme

*tertakluk kepada terma dan syarat

Berita Berkenaan

Berita Global
Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan…
Berita Global
Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 program sukan permotoran, Bridgestone menghidupkan…
Sukan Bermotor
Ia merupakan kali keempat dan tahun ketiga berturut-turut untuk pasukan yang dibekalkan dengan…