BREXIT: Kos penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan di UK bakal naik?

oleh Muhammad Md Tajudin|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Persatuan Pengeluar dan Peniaga Kenderaan (SMMT) telah mengeluarkan satu laporan baharu mengenai pemilik kenderaan di UK bakal menanggung kenaikan kos penyelenggaraan dan pembaikan sekitar sepuluh peratus atau kepada GBP 777 jika tiada perjanjian dibuat di antara UK dan EU (European United).  

Laporan itu terkandung dalam penerbitan The Importance of the Aftermarket to the UK Economy 2017, yang dijalankan oleh Frost & Sullivan.

Dapatan kajian ini jika menjadi realiti maka ia adalah perkara yang perlu difikiran secara serius oleh pemilik kenderaan di United Kingdom.

Kos tersebut dijangka meningkat lebih dari GBP 2 bilion jika tarif dan halangan lain dikenakan susulan pengunduran UK dari EU (Brexit).

Kenaikan kos adalah berdasarkan tarif cukai World Trade Organisation (WTO) sebanyak 2.5 hingga 4.5 peratus terhadap alat ganti yang diimport.

Secara relatif, purata pemilik kenderaan akan menanggung tambahan kos sebanyak GBP 21 setiap tahun untuk penggantian komponen.

Selain itu, item lain seperti kuota, subsidi, proses kastam dan halangan peraturan bakal menambah lagi kenaikan kos sebanyak GBP 49 atau secara kumulatif bersamaan GBP 2.14 bilion untuk penyelenggaraan kenderaan di UK.

Di bawah ialah fakta menarik tentang isu ini:

  • Sekitar 80 peratus alat ganti kereta di UK diimport dari luar
  • Hampir 75 peratus darinya disumber oleh pembekal EU
  • Pada masa sama, pengeluar komponen di UK turut berkembang 
  • Hasilnya, komponen buatan UK yang dijual di Eropah dan pasaran utama global mungkin terdedah kepada tarif baharu
  • Laporan Frost & Sullivan mendedahkan alat ganti yang dieksport dari UK dan kadar tarif oleh WTO akan menyebabkan industri domestik kehilangan pendapatan sehingga GBP 3 bilion serta kemungkinan impak terhadap pelaburan masa depan dan pekerjaan
  • Ini merupakan risiko terhadap industri automotif yang mempunyai sumbangan besar terhadap ekonomi UK
  • Pada tahun 2016, ekosistem sektor selepas pasaran (aftermarket) seperti pembuat alat ganti, pengedar dan bengkel menyaksikan peningkatan perolehan kepada 2.4 peratus kepada GBP 21.6 bilion
  • Sumbangan sektor itu kepada ekonomi juga meningkat kepada 2.5 peratus atau bersamaan GBP 12.5 bilion dan mewujudkan tambahan 1,400 peluang pekerjaan
  • Jumlah pekerjaan dalam sektor ini ialah sekitar 347,000

 

Kos penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan di UK bakal naik susulan Brexit

 

Angka-angka di atas menunjukkan betapa pentingnya UK mempunyai perjanjian yang betul dengan EU. Malah, sektor automotif UK dan EU saling berkait rapat maka satu hubungan baharu perlu diwujudkan bagi menangangi isu tarif halangan perniagaan, peraturan dan isu pekerja yang semestinya mengambil masa untuk dirunding.

Pada tahun 2016, perbelanjaan untuk penyelenggaraan kenderaan di UK telah meningkat kepada 1.7 peratus atau secara purata bersamaan GBP 707. Ini disumbangkan oleh penggantian komponen berteknologi tinggi yang memerlukan skil dan peralatan baharu untuk disempurnakan.

Sementara itu, walaupun tayar, pelincir dan penapis minyak adalah alat yang kerap ditukar, kajian Frost & Sullivan menunjukkan terdapat tambahan permintaan ketara untuk alat telematik dan sensor pemeriksaan tekanan tayar (tpms).

Satu lagi dapatan kajian menarik ialah, menjelang 2022 sektor aftermarket UK dijangka akan mempunyai nilai sehingga GBP 28 bilion dengan jumlah pekerjaan sebanyak 400,000. Ia disumbang oleh pertambahan usia dan kenderaan baharu, ketahanan kenderaan yang sentiasa di tambah baik dan juga teknik penyelenggaraan lebih canggih.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Foto: Andrés García from Pexels   Apa yang berlaku ialah pekerja kilang perlu mengasingkan…
Berita Global
Secara keseluruhan, 254,684 kereta baharu didaftarkan pada Mac dengan permintaan dari pembeli…