Brembo RCS CORSA CORTA - teknologi perlumbaan MotoGP untuk kegunaan harian!

oleh Mohamad Hanif|
Tahun lalu, Brembo telah mempertunjukkan kepada umum inovasi mereka di dalam sistem brek motosikal yang digelar 19RCS CORSA CORTA, sistem silinder brek radial master yang diadaptasikan daripada teknologi yang digunakan di dalam perlumbaan MotoGP.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Melengkapi versi 19 mm yang telah dilancarkan pada tahun lalu, kini Brembo telah melancarkan sistem brek RCS CORSA CORTA 15mm dan 17 mm yang lebih dikhususkan untuk kegunaan jalanan serta memenuhi karakteristik tersendiri untuk setiap motosikal. 

Antara ciri yang paling penting ditunjukkan dalam sistem brek RCS CORSA CORTA ini ialah kebolehan para penunggang menentukan 'biting point' yang mereka mahukan, menerusi selector Ratio Click System (RCS) yang terdapat pada sistem brek itu sendiri. 
 


Brembo menekankan sistem brek tidak seharusnya meliputi kuasa pembrekan semata-mata, malah ia juga sewajarnya mempertimbangkan tahap modulasi dan sensitiviti lever, di samping saiz silinder brek utama yang perlu menepati nisbah terbaik daya tork hidraulik untuk memberikan kuasa pemberhentian yang mencukupi. 

Sekiranya saiz silinder utama terlalu besar, ia akan menolak lebih banyak daya kepada piston caliper, sekaligus menjejaskan modulasi pembrekan dan kadar sensitiviti lever brek, sebaliknya saiz silinder yang kecil tidak akan memberikan daya yang mencukupi untuk memberhentikan kenderaan. 

 


Untuk itu, Brembo hadir dengan tiga saiz pilihan silinder utama sistem brek untuk kegunaan motosikal seperti berikut:

 

15RCS CORSA CORTA (15 mm)

  • menawarkan tahap versatiliti yang terbaik untuk sistem brek cakera tunggal, termasuklah sistem brek kaliper terapung dan cakera berkembar. 
  • antara motosikal yang sesuai - Ducati Scrambler, KTM Duke, Kawasaki ER-6N, Kawasaki Z750, Yamaha MT-03, Triumph Bonneville T100
  • sistem ini juga turut sesuai digunakan untuk skuter dengan sistem brek empat piston. 

 

17RCS CORSA CORTA (17 mm)

  • direka untuk menawarkan tahap respon yang optimum, serta sesuai untuk angkup brek piston bersaiz 30 mm
  • antara motosikal yang sesuai - Ducati Panigale, Ducati Monster 1200, Kawasaki H2, Kawasaki ZX10R, Yamaha R1, Yamaha R6, MV Agusta F4RR, KTM Superduke

 

19RCS CORSA CORTA (19 mm)

  •  menawarkan kuasa pembrekan yang terbaik untuk angkup brek yang dilengkapi dengan piston bersaiz 32 mm atau 34 mm
  • antara motosikal yang sesuai - Honda CBR1000, Ducati 1098, Ducati 1198, BMW S1000RR, Triumph Speed Triple, Yamaha FZ9, Suzuki GSX-R 1000, Kawasaki Z1000

 

 
Seperti mod tunggangan, sistem brek Brembo ini hadir dengan tiga tetapan pemberhentian motosikal iaitu:

N - Normal untuk tunggangan di dalam bandar, ataupun keadaan jalan yang tidak menentu. 
S - Sport untuk tunggangan yang lebih sporty, dan biting point yang lebih pendek berbanding tetapan N.
R - Race memberikan respon pembrekan ala MotoGP, membolehkan penunggang mencapai biting point dengan lebih pantas. 

 


Kombinasi tiga mod brek di atas, serta ciri nisbah fulcrum-to-piston (18 dan 20 mm) yang turut boleh dilaras, sistem brek RCS CORSA CORTA ini mampu memberikan sehingga enam mod tetapan yang berbeza untuk disesuaikan dengan kehendak dan keperluan penunggang. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dikuasakan oleh nadi Chiron W16 yang telah diubahsuai supaya mampu menghasilkan kuasa setinggi 1…
Berita Global
Tidak lagi menampilkan sistem hidraulik seperti yang digunakan pada kebanyakan model kenderaan masa…
Berita Global
Brembo nampak peluang ini boleh diperluaskan untuk sistem brek terbaharu mereka yang digelar…