Brembo lancar produk brek baharu di EICMA 2022

oleh Mohamad Hanif|
Bertempat di EICMA 2022, syarikat pengeluar brek terkemuka Brembo mempamerkan set sistem brek baharu yang terdiri daripada angkup brek, silinder induk dan tidak ketinggalan pelapik brek.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

GP4-MS

brek


Angkup brek blok tunggal ini dikatakan lahir dari litar lumba dan direka untuk kegunaan atas jalan raya.

Ia menampilkan teknologi terkini seperti permesinan aluminium solid dan teknologi monobloc yang sama dijumpai pada jentera lumba MotoGP dan WorldSBK.

Terdapat sirip ventilasi yang mampu menyumbang kepada aliran udara dan penyejukan sistem yang lebih baik.

Menurut Brembo, kesemua ciri tersebut membolehkan penambahbaikan dibuat terhadap prestasi sistem brek tanpa berkomporomi soal ketahanan.

 

19RCS CORSA CORTA RR

19RCS


Silinder induk sistem brek terbaharu daripada Brembo ini merupakan sistem yang paling ringan, menyamai unit yang sama digunakan pada jentera lumba.

Ia didatangkan dengan kemasan kelabu titanium teroksida keras bagi memastikan rintangan haus yang lebih baik dan tahap geseran yang rendah antara komponen bergerak.

Tuas brek itu pula telah diubah reka bentuknya, namun mengekalkan ciri pelarasan yang membolehkan penunggang mengubah titik gigit brek dengan tiga tetapan –

  • Normal untuk tunggangan dalam bandar
  • Sport untuk tunggangan yang lebih sporti
  • Race untuk kegunaan di dalam litar lumba.

Terdapat juga sistem RCS (Ratio Click System) yang membolehkan penunggang memilih jarak pergerakan fulkrum-ke-omboh 18 atau 20 mm dengan hanya melaraskan skru sehingga 180 darjah.

Dengan gandingan dua pelarasan itu tadi, 19RCS ini menawarkan sehingga enam tetapan yang berbeza.


GREENANCE

RCS


Tidak lengkap sesebuah sistem brek tanpa kehadiran pelapik brek yang cekap.

Brembo melancarkan pelapik GREENANCE, di mana ia sebenarnya gandingan perkataan Green dan Performance yang berkuasa, lebih stabil pada suhu yang tinggi namun lebih mesra alam tanpa kehadiran bahan seperti kuprum dan nikel.

Kompaun brek GREENANCE juga tidak mengandungi bahan antimoni dan asbestos.

Dihomologasikan mengikut standard ECE-R90, pad brek ini dilengkapi dengan NUCAP Retention System, teknologi cengkaman yang mengikat bahan geseran pada plat belakang dan meningkatkan tahap rintangan haba.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bertempat di EICMA 2022, Peugeot Motorcycles melancarkan sebuah model baharu di dalam segmen skuter…
Berita Global
Bukan itu sahaja, model produksi sebenar dijangka akan muncul dalam tempoh dua hingga tiga tahun…
Berita Global
Identiti V-Strom mudah dikenali dengan kehadiran muncung paruh yang diposisikan lebih tinggi,…