Brek lori gagal berfungsi - sembilan kenderaan terlibat pelanggaran

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kegagalan brek sebuah lori berfungsi menyebabkan kemalangan membabitkan sembilan kenderaan di kawasan Jambatan Tok Pasai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 5 petang, sebuah lori yang sedang menuruni jambatan berkenaan menghala ke Pekan Kuala Kedah, merempuh sebuah lori di hadapannya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata lori pertama berkenaan kemudian menggelungsur ke hadapan dan melanggar kereta jenis Kia Cerato dan Perodua Viva.

Katanya, pada masa sama lori yang dirempuh hilang kawalan lalu berlanggar dengan sebuah Proton Iswara Aeroback dan memasuki laluan bertentangan.

“Pelanggaran itu turut menyebabkan tiga lagi kereta iaitu Proton Saga, Perodua Myvi dan Proton Wira Aeroback yang diparkir di tepi jalan bergesel.

 


“Pada masa sama sebuah kereta Proton Saga yang datang dari arah Kuala Kedah menghala ke Kubang Rotan tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran dengan Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Rozi berkata, kenderaan terbabit kemalangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk pemeriksaan lanjut.

Katanya, polis kini sedang mengesan saksi kejadian bagi membantu siasatan selain turut melakukan ujian saringan air kencing terhadap pemandu lori berkenaan.

Sumber: Berita Harian