Brabus mahu tala KTM pula

oleh Mohamad Hanif|
Jenama Brabus telah diketahui menjadi syarikat penala 'rasmi' kepada model-model Mercedes-Benz, Maybach dan Smart sejak tahun 1977 lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Kehadirannya dalam industri automotif tidak boleh disangkal lagi, namun terdapat berita baharu di mana firma itu dikatakan mahu meluaskan kuasa talaannya kepada motosikal dua roda pula!

Dalam satu permohonan tanda dagang yang difailkan kepada pejabat European Union Intellectual Property Office (EUIPO) pada Ogos 2021, firma tersebut bercadang untuk menggunakan nama Brabus 1300 R yang diklasifikasikan di bawah "Motosikal, komponen struktur motosikal, komponen untuk kenderaan darat, kenderaan bermotor dua roda".

Penggunaan nama tersebut kemudian diluluskan pada 24 November 2021.

Brabus 1300 R bakal menggunakan asas daripada KTM 1290 Super Duke R yang didatangkan dengan nadi 1,301 cc V-twin yang mampu menghasilkan 180 hp dan 140 Nm.

Namun, ia bakal didatangkan dengan program diet pengurangan berat badan, jarak antara roda 5 mm lebih pendek, serta kurang lebar 30 mm berbanding model asal.

Sumber: RideApart

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, nama Brabus itu sendiri diambil daripada tiga huruf pertama kedua-dua individu…
Berita Global
Brabus 900 Rocket R ini asalnya sebuah Porsche 911 Turbo S, ia bukan sahaja membawakan rupa paras…
Berita Global
Seperti contoh, sedan saiz penuh EQS 53 AMG yang tampil dengan motor elektrik berkembar yang telah…