Brabus 900 Rocket Edition - SUV jalanan terpantas di dunia, 330 km/j!

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan acara Monaco Yacht Show 2021, Brabus memperkenalkan secara rasmi SUV coupe yang didakwa sebagai SUV jalanan terpantas di dunia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Brabus 900 Rocket Edition memiliki kelajuan tertinggi sekitar 205 batu sejam, atau 330 km/j terima kasih kepada enjin V8 turbo berkembar berkuasa 900 PS dan 1,250 Nm, namun daya kilas tersebut dihadkan kepada 1,050 Nm bertujuan untuk melindungi ketahanan sistem pacuan.
 

Brabus


Enjin bersesaran asal 3,982 cc itu dilonjakkan kepada 4,407 cc, selain melibatkan modifikasi seperti unit pengecas turbo baharu, omboh tempa yang lebih besar, rod omboh yang lebih panjang, aci engkol bilet, pam bertekanan tinggi, serta kemaskini perisian.

Seperti biasa, kuasa tersebut disalurkan kepada sistem pacuan semua roda 4MATIC+ menerusi transmisi automatik sembilan nisbah kelajuan.
 

Brabus


Pecutan 0-100 km/j sepantas 3.2 saat, dan dengan kelajuan tertinggi 330 km/j itu tadi, ia sudah cukup untuk memalukan model standard seperti Bentley Bentagya Speed, Lamborghini Urus, dan Porsche Cayenne Turbo GT.

Namun, menurut Brabus, prestasi ini hanya boleh dicapai sekiranya anda melengkapkan SUV coupe ini dengan rim Brabus Monoblock Y 'Platinum Edition' bersaiz 23 inci dengan tayar Continental.

Bagi mereka yang mahukan glamour, rim 24 inci Brabus Monoblock Z 'Platinum Edition' dengan cakera aero karbon terdedah ini sudah cukup untuk membuatkan ramai kepala menoleh ke arah anda.
 

Brabus


Aspek pemanduan dibantu dengan sistem suspensi udara yang mampu merendahkan badan SUV sebanyak 25 mm, selain sistem brek cakera seramik karbon berliang bor silang bersaiz 400 mm depan dan 360 mm belakang.

Kemaskini yang dibawakan pada Brabus 900 Rocket Edition ini merangkumi komponen yang diperbuat daripada bahan gentian karbon seperti gril hadapan, splitter hadapan, penambahan pada fender, spoiler belakang jenis three-piece, diffuser, dan trim tambahan pada bahagian inlet/outlet.

Sistem ekzos sport pula diakhiri dengan empat tip diperbuat daripada titanium/karbon, serta hadir dengan sistem pengurusan bunyi aktif.
 

Brabus


Kemasan ruang kabin banyak dipengaruhi oleh penggunaan bahan kulit, serta gandingan Alcantara, noble-wood, dan (lagi) gentian karbon, sebelum dikemaskan dengan Superior Gray dan kontras warna aksen merah.

Brabus hanya menghasilkan kira-kira 25 unit sahaja model 900 Rocket Edition ini, dan harga jualan bermula dari €381,243 (RM1,868,356), jauh lebih tinggi berbanding model standard Mercedes-AMG GLE 63 S Coupe yang berharga $116,000 (RM485,634).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kali ini, Brabus memperlihatkan model baharu P 900 Rocket Edition dengan angka produksi terhad…