Brabus 800 SUV Coupe - AMG GLE 63 S dengan 789 hp, 0-100 dalam 3.4 saat!

oleh Mohamad Hanif|
Jika anda mempunyai sebuah Mercedes-AMG GLE 63 S Coupe dan tidak tahu apa yang perlu diubah, Brabus mungkin salah satu nama yang perlu anda pertimbangkan - itupun sekiranya anda mempunyai wang yang mencukupi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana, Brabus baharu sahaja melancarkan 800 SUV Coupe, di mana model asal AMG GLE 63 S Coupe itu telah ditala semula supaya lebih berkuasa berbanding spesifikasi asal.

 


Enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar yang asal kini berupaya menghasilkan 789 hp dan daya kilas 1,000 Nm, peningkatan sebanyak 186 hp dan 150 Nm terima kasih kepada unit kawalan Brabus PowerXtra, serta unit turbo baharu yang menampilkan unit pemampat baharu, pemasangan teras yang diubahsuai, serta galas paksi bertetulang.

Bagi anda yang tidak mahukan kuasa yang berlebihan, dapatkan sahaja unit naiktaraf perisian mandiri yang membolehkan penambahan kuasa sebanyak 87 hp kepada angka asal 603 hp.

Kuasa itu disalurkan kepada sistem pacuan semua roda 4MATIC+ menerusi tranmisi automatik sembilan kelajuan.

 


Versi 789 hp berupaya memecut sepantas 3.4 saat dari pegun ke 100 km/j, manakala kelajuan tertinggi pula dihadkan kepada 280 km/j.

Standard kereta talaan Brabus, terdapat pelbagai jenis penambahan berasaskan bahan gentian karbon dengan kemasan berkilat atau kusam bagi menaikkan seri badan AMG yang asal.

 


Gril hadapan dengan logo Brabus itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan anda tidak mahu untuk mencabar kejantanan SUV Coupe ini, selain daripada penambahan seperti sirip aero, penambahan pada fender, diffuser serta penambahan pada spoiler belakang.

Keempat-empat arka roda pula menempatkan rim tempa bersaiz 23 inci yang dibaluti tayar prestasi tinggi daripada Continental, Pirelli ataupun Yokohama.

Untuk menampakkan SUV coupe ini lebih gagah, sistem gantungan direndahkan sebanyak 25 mm terima kasih kepada suspensi udara Airmatic.

 


Segala asap-asap pembakaran daripada enjin V8 itu tadi disalurkan ke luar menerusi sistem ekzos sport tahan karat dengan kuad tip ekzos 90 mm yang dikemaskan dengan titanium atau karbon, dan anda boleh mengawal runut bunyi yang dihasilkan menerusi kawalan flap ekzos aktif.

Seperti contoh, masuk sahaja mod Sport, bunyi yang dihasilkan adalah lebih garang jika dibandingkan dengan mod Comfort.

Untuk ruang kabin, Brabus menawarkan pilihan warna untuk upholsteri kulit dan Alcantara, selain daripada pedal aluminium, paddle shifter, serta plet ambang pintu beriluminasi.

 


Harga untuk talaan Brabus yang terbaharu ini tidak dinyatakan, namun jika anda mampu apa salahnya, kan?

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk makluman, nama Brabus itu sendiri diambil daripada tiga huruf pertama kedua-dua individu…
Berita Global
Brabus 900 Rocket R ini asalnya sebuah Porsche 911 Turbo S, ia bukan sahaja membawakan rupa paras…
Berita Global
Seperti contoh, sedan saiz penuh EQS 53 AMG yang tampil dengan motor elektrik berkembar yang telah…