Brabus 700 - sebuah Rolls-Royce Ghost berkuasa 690 hp/950 Nm!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk golongan elit yang merasakan penawaran standard (dan kustom) Rolls-Royce masih belum cukup memuaskan, sudah tiba masanya untuk mereka mendapatkan khidmat daripada penala terkenal, Brabus.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Syarikat Brabus baru-baru ini memperlihatkan model terbaru yang dinamakan sebagai Brabus 700, dan seperti yang anda lihat, ia sebenarnya merupakan sebuah Rolls-Royce Ghost varian jarak roda yang panjang.

Brabus membawakan beberapa perubahan bersifat kosmetik dan juga naiktaraf mekanikal pada model Ghost ini.
 

Brabus 700


Bermula daripada bahagian luar, Brabus mendatangkan kit badan yang tidak keterlaluan, dimulakan dengan splitter depan, rangka gril, lip spoiler dan diffuser belakang yang diperbuat daripada gentian karbon.

Sistem ekzos pula menggunakan keluli tahan karat yang diakhiri dengan kuad tip ekzos yang diperbuat daripada karbon, sementara rim Brabus Monoblock M "Platinum Edition" pula dilayangkan dengan warna Shadow Chrome.

Tiada sebarang talaan kepada sistem suspensi asal, jadi pemilik boleh menikmati keselesaan sistem Magic Carpet Ride pada model ini.
 

Brabus 700


Namun, Brabus mendatangkan lonjakan kuasa pada model 700 ini, di mana enjin V12 turbo berkembar itu kini berupaya menjana kuasa setinggi 690 hp dan daya kilas 950 Nm yang lebih berkuasa daripada model Black Badge.

Ini membolehkan pecutan 0-100 km/j sekitar 4.6 saat sahaja.

Untuk ruang kabin, Brabus 700 didatangkan dengan pakej Brabus Masterpiece yang merangkumi upholsteri kulit warna porselin dengan corak sulaman berbentuk petak, serta trim gentian karbon pada bahagian papan pemuka, konsol tengah, plet ambang pintu dan perehat tangan di bahagian belakang.
 

Brabus 700


Tiada sebarang harga yang didedahkan oleh Brabus untuk model 700 ini, namun sudah pasti mereka yang mempunyai baki akaun yang tidak terhad sahaja mampu untuk membawa pulang model Brabus 700 ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Tenaga disalurkan ke roda belakang melalui transmisi manual 4 kelajuan, menjadikan ia antara…
Berita Global
Biarpun berdepan dengan risiko senarai hitam, ia tidak menghalang seorang pemilik Spectre untuk…
Berita Global
Menurut pengeluar kereta mewah itu, isu tersebut boleh mengakibatkan sambungan kabel bumi yang…