Boy Wong buru Kejuaraan Toyota Vios Challenge

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Siapa sahaja yang tidak mengenali susuk tubuh bernama Boy Wong. Di mana sahaja ada perlumbaan, namanya hampir pasti naik podium. 

Berbekalkan 21 tahun pengalaman berlumba, Boy Wong Yew Choong satu-satunya nama yang disegani di dalam litar.

Sudah banyak kejuaraan yang dimenanginya, antaranya menjadi juara empat kali Kategori Super 1600 Malaysian Super Series pada tahun 2006, 2008, 2009 dan 2010, dan menjuarai perlumbaan Sepang 1000km Endurance Race pada tahun 2010, dan memenangi perlumbaan berprestij Sepang 12 Hours Endurance Race pada tahun 2015. 
 


Hujung minggu ini, Boy Wong sekali lagi berdepan dengan peluang untuk menjadi juara keseluruhan kategori Super Sporting siri perlumbaan Toyota Vios Challenge yang akan sampai di kemuncaknya pada 27 & 28 April 2019 di Litar Antarabangsa Sepang. 

“Saya pasti akan cuba sedaya upaya. Perlumbaan musim ini begitu mencabar terutamanya dengan penyertaan begitu ramai pemandu-pemandu profesional dan juga veteran sukan permotoran yang kembali beraksi,” kata ahli perniagaan berumur 40 tahun ni. 

Beliau muncul tempat ketiga keseluruhan siri perlumbaan tersebut pada musim lepas.
 


Saksikanlah perlumbaan pusingan terakhir Toyota Vios Challenge di Litar Lumba Antarabangsa Sepang pada 27 & 28 April 2019. 


#toyotagazooracing
#toyotavioschallenge
#allaboutthedrive

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Bukan itu sahaja, hujung minggu tersebut turut dimeriahkan dengan kemunculan jentera lumba Toyota…
Sukan Bermotor
Selain itu, UWM Toyota juga giat dalam menyumbang kepada pembangunan bakat muda di dalam sukan…
Berita Domestik
Bermula dari tahun 2017 hingga 2023, setakat ini sudah lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia…