Bowler - pakar off-road kini sertai keluarga Jaguar Land Rover!

oleh Mohamad Hanif|
Ada di antara kita pernah mendengar jenama Bowler yang menjadi pakar dalam menukar sebuah kenderaan Land Rover menjadi sebuah jentera off-road tegar dan telah berkecimpung di dalam bidang ini semenjak 1985.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kini, nasib Bowler bertambah baik apabila syarikat tersebut telah pun diambil alih oleh Jaguar Land Rover dan bakal duduk dibawah Special Vehicle Operations (SVO) yang turut menaungi divisyen SV, Vehicle Personalization dan Classic. 

Menerusi gabungan tersebut, Bowler akan terus memberikan sokongan kepada para pelanggan mereka tanpa mengalami kekurangan staff, seperti mana yang dijanjikan oleh pengurusan Jaguar Land Rover. 
 


Menurut pengarah urusan JLR SVO, Michael van der Sande berkata, "selama 35 tahun Bowler telah menjadi satu jenama yang sinonim dengan inovasi dan kejayaan, dengan reputasi yang tidak terkalahkan di dalam sukan off-road paling mencabar di dunia.

Tahun 2012, Land Rover berganding dengan Bowler membentuk satu cabaran yang digelar sebagai Defender Challenge by Bowler dengan menggunakan jentera yang dimodifikasikan berasaskan platform Defender yang lama. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menggunakan asas daripada Land Rover Defender 90, Bowler telah mempertingkatkan beberapa aspek…
Informasi
  1. Land Rover Defender Rally Jika anda ingat Defender ini adalah sebuah SUV yang lembab dan…
Berita Global
Bowler dari UK memang terkenal dengan rekaan modofikasi Land Rover Defender dengan enjin-enjin yang…