Bowler Defender Challenge - bila Defender moden masuk acara rali!

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat Bowler selaku pakar di dalam menghasilkan jentera rali daripada jenama Land Rover telah memperlihatkan hasil kerja baharu mereka yang dinamakan sebagai Bowler Defender Challenge.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menggunakan asas daripada Land Rover Defender 90, Bowler telah mempertingkatkan beberapa aspek seperti keselamatan dan ketahanan casis untuk memastikan ia sesuai digunakan di dalam acara perlumbaan rali one-make.

Dari segi kuasa, jentera Challenge ini didatangkan dengan enjin Ingenium 2.0 liter turbo yang menghasilkan 296 hp dan 400 Nm, sistem transmisi automatik lapan kelajuan serta sistem pacuan empat roda secara standard.

 


Pihak Bowler tidak mengubah tetapan pada enjin dan transmisi demi untuk mengurangkan kos, namun mereka telah membuang peralatan yang tidak diperlukan, selain mempertingkatkan keselamatan seperti sangkar keselamatan spesifikasi FIA, cagak enjin dan transmisi yang lebih keras, serta penyangga casis tambahan untuk mengurangkan kadar lenturan badan.

Selain itu, perlindungan bahagian bawah badan juga turut dipasang, sementara bahagian hadapan Defender Challenge ini telah direka semula bagi memaksimumkan kadar penyejukan enjin.

Subrangka suspensi hadapan dan belakang turut diperkukuhkan, dan dibantu dengan unit peredam Fox boleh laras yang mampu meninggikan jarak kelegaan tanah sebanyak 25 mm.

 


Sisa pembakaran enjin disalurkan keluar menggunakan sistem ekzos sports Bowler yang mampu menghasilkan runut bunyi yang lebih garang, sementara keempat-empat sudut dipasangkan dengan rim rali bersaiz 18 inci yang dibaluti tayar all-terrain.

Di bahagian dalam, Bowler telah menambah beberapa kelengkapan penting seperti sistem pemadam api, suis pemutus bekalan elektrik, serta tambahan suis bantuan untuk sistem pencahayaan luaran.

Selain daripada tempat duduk jenis bucket dan roda stereng jenis quick release, Bowler telah memposisikan semula tuil gear untuk aspek ergonomik yang lebih baik, serta menambah sistem paddle shifter yang lebih sesuai digunakan ketika dalam perlumbaan.

 


Sejak daripada tahun 1985, Bowler telah mempunyai kerjasama rapat dengan Land Rover menerusi modifikasi model Series 1, sehinggalah syarikat itu diperoleh secara rasmi oleh Jaguar Land Rover pada tahun 2019 sebagai sebahagian daripada divisyen Special Vehicle Operations.

Bowler Defender Challenge akan bertempur di dalam siri perlumbaan one-make yang disertai oleh 12 orang pemilik (pelumba) di tujuh lokasi bertempat di UK.

Setiap jentera akan disediakan sendiri oleh Bowler, termasuklah sokongan penuh pasukan disebalik tabir dan latihan pemanduan opsyen untuk mereka yang baharu menceburi bidang perlumbaan off-road.

 


Harga jualan untuk sebuah Bowler Defender Challenge bermula dari £99,500 (RM584,438) dan harga tersebut turut merangkumi yuran penyertaan untuk siri perlumbaan off-road one-make yang bakal bermula pada Mac 2022 itu.

Berita Berkenaan

Informasi
  1. Land Rover Defender Rally Jika anda ingat Defender ini adalah sebuah SUV yang lembab dan…
Berita Global
Kini, nasib Bowler bertambah baik apabila syarikat tersebut telah pun diambil alih oleh Jaguar Land…
Berita Global
Bowler dari UK memang terkenal dengan rekaan modofikasi Land Rover Defender dengan enjin-enjin yang…