Bowler bULLDOG-dEFENDER DENGAN ENJIN F-TYPE

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bowler dari UK memang terkenal dengan rekaan modofikasi Land Rover Defender dengan enjin-enjin yang lebih berkuasa dan juga Defender yang direka khusus untuk lumba rally.

Kali ini, ia menghasilkan Bowler Bulldog, yang menggunakan sebuah Land Rover Defender pikap sebagai asasnya dan kemudian memasukan enjin 3.8 liter V6 dari sebuah Jaguar F-Type.

Sayang sekali tiada gambar ruang enjinnya kerana Careta juga hendak tahu betapa sendatnya tempat enjin tersebut.

Sekiranya anda mahukan sebuah Defender yang mampu memecut dari 0 ke 100 kmsj dalam masa 5.4 saat dan masih boleh melompat dan mengharung jalan-jalan estet ala WRC, terbang ke UK dan minta Bowler bina sebuah Bulldog untuk anda.

Careta pasti lagenda rally negara, Karamjit Singh tersenyum bila membaca berita ini.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menggunakan asas daripada Land Rover Defender 90, Bowler telah mempertingkatkan beberapa aspek…
Informasi
  1. Land Rover Defender Rally Jika anda ingat Defender ini adalah sebuah SUV yang lembab dan…
Berita Global
Kini, nasib Bowler bertambah baik apabila syarikat tersebut telah pun diambil alih oleh Jaguar Land…