Bowers & Wilkins hasilkan fon kepala McLaren Edition, harga dari RM3,518

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Jenama pembesar suara dan fon kepala popular, Bowens & Wilkins (B&W) baru-baru ini telah memperkenalkan fon kepala baharu Px8 McLaren Edition bersempena menyambut kerjasama dua jenama British itu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sejak 2015, jenama Bowers & Wilkins telah bekerjasama bagi menghasilkan sistem audio untuk kereta McLaren, dan hasil kerjasama terkini kedua jenama itu bakal dilihat dalam sport hibrid baharu McLaren, iaitu Artura.

 

px8

 

Px8 McLaren Edition didatangkan dengan teknologi tanpa wayar aptXTM Adaptive dari Qualcomm yang memberikan kualiti bunyi terbaik.

Unit pemacu yang berfungsi bersama Digital Signal Processing (DSP) dihasilkan oleh Bowers & Wilkins menghasilkan bunyi resolusi tinggi dan didatangkan dengan ciri pembatalan bunyi

 

px8

 

Ianya ditawarkan bersama kemasan warna Galvanic Grey dan Papaya Orange yang sinonim dengan jentera lumba Bruce McLaren .

Jika anda seorang peminat McLaren dan mempunyai lebihan duit yang tidak digunakan, fon kepala ini mungkin sesuai untuk anda.

 

Sumber: motor1.com