Boustead, NGOG kerjasama bina ladang tangki alga, bantu Malaysia capai sasaran emisi karbon sifar bersih 2050

oleh Mohamad Hanif|
Next Generation Oil (Group) Sdn Bhd (NGOG) telah bekerjasama dengan Boustead Holdings Berhad (Boustead) untuk program Algae Tank Farm - Vendor Development (ATF-VDP) bagi menyokong Malaysia mencapai sasaran emisi karbon sifar bersih menjelang 2050.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kerjasama yang terjalin antara kedua belah pihak ini bakal meneroka pembangunan ekosistem vendor di dalam proses fabrikasi serta proses penyelenggaraan tangki alga.

NGOG menyasarkan untuk menghasilkan 15.2 juta tangki alga di atas tanah berkeluasan 38,000 ekar yang terletak di Kuantan, Pahang, yang akan menghasilkan sekurang-kurangnya 68 juta tan alga biomassa, menyerap kira-kira 76 juta tan CO2 dan menghasilkan 34 juta tan minyak mentah berasaskan alga dan kepingan alga kering.
 

NGOg


Bahan mentah itu tadi boleh diproses menjadi bahan api bio-diesel, bio-gasolin, serta bahan api kegunaan penerbangan, manakala lebihan kepingan alga kering biomassa itu tadi boleh digunakan untuk pulpa kertas, makanan ternakan pertanian dan akuakultur, penjanaan tenaga biomassa dan pembuatan baja.

Menerusi projek ATF-VFP ini, NGOG dan Boustead akan mengenal pasti individu dan syarikat yang mampu menghasilkan tangki khas yang diperlukan di bawah paten A-MAP Senina Bina Kolam Rekabentuk Sarang Lebah untuk mendapatkan ketumpatan alga biomassa dengan hasil dan skala disasarkan yang sebelum ini dianggap tidak munasabah.
 

NGO


Program yang dijalankan oleh NGOG ini turut menerima pengiktirafan Pensijilan Kelestarian & Karbon Antarabangsa (ISCC) yang mengiktiraf syarikat tersebut sebagai satu-satunya syarikat ladang penternakan alga yang diiktiraf dunia.

Sebagai info, ISCC ialah sistem pensijilan terkemuka di peringkat global yang merangkumi seluruh rantaian bekalan dan bahan mentah berasaskan bio dan bahan yang boleh diperbaharui.

 


Menurut Pengerusi Eksekutif NGOG, Dato' Indera Mohamed Moiz berkata, "kita mahu membantu Malaysia mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun 2050.

Menurut beliau, penternakan alga adalah lebih mesra alam kerana tidak memerlukan tanah subur selain menggunakan air laut dan bukannya air tawar.