Boustead Holdings mahu tarik diri dari perniagaan stesen minyak

oleh Mohamad Hanif|
Menurut satu sumber yang rapat memberitahu The Edge, Boustead Holdings Bhd dikatakan sedang merangka untuk menjual pegangan di dalam Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd (BPM) yang ketika ini mengoperasikan stesen minyak BHPetrol.

Difahamkan Boustead sudah pun melakukan perbincangan dengan beberapa pihak dan menurut sumber yang arif terhadap isu tersebut mengatakan, "ini adalah disebabkan harga perbincangan adalah melebihi RM1 billion, atau mungkin RM1.5 billion, atau lebih.

"Terdapat beberapa pihak yang sedang melihat dengan teliti akan hal ini (walaupun harga yang ditawarkan adalah tinggi) dan masih terdapat pihak yang sedang menunggu penilaian yang dicari oleh Boustead Holdings.

Ketika ini, BPM menjual produk petrol dan diesel, gas petroleum cecair (LPG) serta minyak pelincir dan setakat laporan tahunan penuh 2018, BPM mempunyai 386 buah stesen minyak di seluruh negara. 

Pegangan di dalam BPM terbahagi kepada dua, iaitu 70 peratus oleh Boustead Petroleum Sdn Bhd manakala selebihnya lagi dipegang oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Menariknya, LTAT juga turut memiliki 59.45 peratus pegangan di dalam Boustead Holdings, namun berdasarkan struktur pegangan LTAT dan Boustead Holdings, besar kemungkinan LTAT tidak akan kekal di dalam BPM sekiranya Boustead Holdings menarik diri. 
 


Sementara itu, pengangan di dalam Boustead Petroleum terdiri daripada Boustead Holdings (59.82%), PE Petroleum Sdn Bhd (21.11%), Vitol Malaysia Sdn Bhd (14.07%) dan Tan Sri Che Lodin Wok Kamarudin (5%), menjadikan Boustead Holdings mempunyai kepentingan berkesan sebanyak 41.87% di dalam BPM. 

Sumber lain turut memetik beberapa nama besar yang berkemungkinan berminat untuk membeli BPM seperti Petroliam Nasional Bhd, Vitol, serta Petron Malaysia Refining & Marketing namun ia kekal sebagai spekulasi buat masa ini. 

Untuk tahun kewangan yang berakhir pada Disember 2018, BPM mendaftarkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM78.39 juta ke atas hasil bernilai RM4.97 billion, dengan pembayaran dividen sebanyak RM80.49 juta untuk tahun tersebut. 

Sehingga akhir Disember tahun lalu, BPM mempunyai jumlah aset sebanyak RM1.35 billion dan jumlah liabiliti RM8.771 juta, dengan perolehan bertahan pula pada RM162.25 juta. 

Di Malaysia, Boustead Holdings mempunyai profil yang meluas termasuklah di dalam aspek pertahanan, farmaseutikal, kejuruteraan berat, perladangan dan pembangunan hartanah, dengan jumlah profit RM1.9 juta ke atas hasil RM5.05 billion untuk tempoh enam bulan berakhir Jun tahun ini. 

Sehingga akhir Jun, Boustead Holdings mempunyai deposit, tunai dan baki akaun bernilai RM781 juta, dengan komitmen hutang jangka pendek RM4.48 billion dan pinjaman jangka panjang RM3.16 billion. 

Sumber: The Edge

Add new comment

Careta Ad