Bot laju Cigarette Nighthawk AMG Black Series - 2,250 hp!!

oleh Mohamad Hanif|
Di jalan raya, kemampuan jentera-jentera Mercedes-AMG tidak perlu dipertikaikan, namun bagaimana pula sekiranya anda mahu menunjukkan taring sebenar di lautan?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Usah risau kerana Mercedes-AMG sememangnya faham kehendak minda berjiwa kelajuan ini dan mereka baru-baru ini melancarkan sebuah bot perlumbaan yang dinamakan sebagai Cigarette 41-foot Nighthawk AMG Black Series.

Diinspirasikan daripada Mercedes-AMG GT Black Series, bot laju ini datang dengan lima unit enjin outboard 4.6 liter bentangan V8 Mercury Racing 450R yang membolehkan ia mencapai kelajuan 145 km/j atas air.

 


Tidak cukup dengan itu, bot ini juga turut dipasangkan dengan sistem kawalan pendikit termaju yang membolehkan jurupandu mengawal kesemua lima enjin atau secara individu.

Bot Cigarette ini mempunyai binaan unik 'twin-step' dengan rekaan dek daripada gentian karbon penuh, serta hardtop daripada bahan yang sama.

Keseluruhan badan bot laju ini dilayangkan dengan warna jingga Magmabeam dan hitam yang diinspirasikan daripada kereta sports AMG GT Black Series, serta logo AMG yang dicat menggunakan tenaga tangan.

 


Sementara ruang dalaman pula menampilkan gandingan warna kelabu, hitam serta jahitan aksen jingga yang mahu menyerupai penampilan luaran, sementara bahan upholsteri pula adalah rekaan Cigarette Cool kustom yang kekal selesa walaupun berada di bawah terik mentari.

Untuk kegunaan juru kemudi, terdapat tiga unit skrin paparan berbagai fungsi Garmin 8617 yang mampu bertahan dengan kepanasan dan kalis cap jari, sistem pencahayaan LED unik serta sistem audio daripada Audio Marine.

 


Mercedes tidak mendedahkan secara rasmi harga bot laju ini, namun model siri Nighthawk dari Cigarette biasa mampu mencecah angka $800,000 (RM3,324,000), dan harga untuk satu enjin sahaja sudah pun mencecah $50,000 (RM207,765).

Jadi, anda harus bayangkan berapa banyak duit yang perlu dilaburkan untuk sebuah bot laju Mercedes-AMG ini.

Sebagai makluman lagi, Mercedes-AMG GT Black Series dengan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar berkuasa 720 hp itu dijual pada harga $325,000 di pasaran Amerika Syarikat.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Kita ada projek ECRL (Laluan Rel Pantai Timur), kita ada CSR (Lingkaran Tengah Utama), jadi…
Berita Global
Kit akan meningkatkan kemampuan menghalang kemasukan air menerusi pintu. Tambah Musk, menerusi kit…
Berita Domestik
  Menurutnya, pembelian bot amfibia tersebut antara perancangan di bawah peruntukan RM47 juta yang…