Bosch uji penggunaan jet udara elak motorsikal tergelincir di atas jalan

oleh Mohamad Hanif|
Menunggang motorsikal di atas jalan raya boleh diibaratkan sebagai timun dan durian, dilanggar sakit, melanggar perit.

Kerap kali penunggang mengalami situasi hampir kemalangan dan hampir mustahil untuk melakukan pembetulan akibat kehilangan cengkaman tayar pada jalan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bosch, syarikat pembekal alatan automotif terkemuka kini melakukan satu ujikaji bagi 'membetulkan' kedudukan motorsikal kembali kepada sedia kala ketika berlaku insiden hampir kemalangan tadi. 

Sistem ini digelar Skid Mitigation Research Project
 


Apabila situasi di mana motorsikal kehilangan kawalan cengkaman di selekoh disebabkan minyak atau keadaan jalan yang basah, tayar tidak dapat memberikan daya yang secukupnya untuk menegakkan kembali motorsikal. 

Ketika motorsikal kehilangan keseimbangan ketika tergelincir di selekoh, alat pengesan yang terpasang pada motorsikal akan serentak melancarkan pancutan udara termampat ke arah yang bertentangan menerusi jet udara yang terpasang di bahagian bawah motorsikal. 

Pancutan udara termampat itu akan memberikan sedikit daya cengkaman kepada tayar dan pada masa yang sama membantu penunggang menstabilkan kembali motorsikal mereka dan keluar daripada insiden tersebut.
 


Untuk pengetahuan para pembaca, untuk ujian alatan ini, Bosch hanya menggunakan teknologi perlepasan gas yang sama digunakan pada sistem beg udara penumpang kereta masa kini.

Walaupun pada teorinya, ia hanya boleh digunakan sekali sahaja, ia lebih baik daripada tiada langsung, bukan?

Sumber: Road and Track

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…