Bosch sumbang peralatan perubatan bernilai RM100,000 kepada Hospital Sg. Buloh, Hospital Ampang

oleh Mohamad Hanif|
Bosch baru-baru ini menghulurkan sumbangan berupa peralatan perubatan bernilai RM100,000 kepada hospital yang memerlukan menerusi Great Heart Charity Association (GHCA) sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Sumbangan tersebut berupa mesin Arterial Blod Gases (ABG) kepada Sungai Buloh, inkubator tertutup penjagaan rapi bagi pesakit bayi, serta 5,000 unit pelindung muka dan 66 unit PPE kepada Hospital Ampang.

Ditubuhkan pada tahun 2010, GHCA merupakan persatuan kebajikan tidak berasaskan keuntungan yang memulakan program respons dan bantuan COVID-19 (CRRP) bagi membantu hospital, keluarga yang kurang bernasib baik dan ahli yang terjejas teruk akibat pandemik.

Sehingga kini, GHCA telah berjaya meraih sumbangan sebanyak RM605,560 bagi menyokong sejumlah enam buah hospital di dalam Lembah Klang menerusi CRRP Medical Equipment Donation Project di mana Bosch merupakan penyumbang terbesar di dalam projek tersebut.
 

ampang


Menurut pengarah urusan Bosch Malaysia, Klaus Landhaeusser berkata, "sekarang ini merupakan tempoh yang sukar dan mencabar buat semua, dan ia merupakan masa bagi Bosch untuk menunaikan janji 'Invented for Life' yang melangkaui aspek pembuatan dan melakukan inovasi, akan tetapi juga menjaga kesejahteraan orang ramai.

"Sumbangan kami mungkin dianggap kecil, tapi kami berharap langkah ini mampu membolehkan hospital ini mampu mengatasi keadaan semasa dengan rawatan perubatan dan perlindungan yang sewajarnya.

Dr. Rahimah Ismail, Pakar Pediatrik Am Hospital Ampang mendedahkan setiap satu inkubator yang diterima mampu menyokong dan mengawal suhu bayi pramatang sehingga enam pesakit pada satu-satu masa, selain menjadi platform untuk melakukan pembedahan.

"Dengan hanya 10 unit inkubator di hospital bagi mengasingkan bayi yang disyaki menghidap COVID-19 daripada bayi lain, setiap inkubator yang disumbangkan mampu untuk menyelamatkan nyawa mereka.
 

Sg Buloh


Mesin ABG pula disumbangkan kepada bilik bersalin Hospital Sungai Buloh, di mana pada ketika ini fasiliti itu mempunyai sehingga 16 buah mesin secara keseluruhan bagi mengukur tahap keasidan, tahap oksigen dan karbon dioksida di dalam saluran darah dalam tempoh sependek 85 saat.

Selain daripada itu, Bosch Malaysia turut memulakan insiatif "Share to Care Fundraiser" bermula 1 Oktober hingga 31 Disember 2021 dengan sasaran kutipan dana sehingga RM10,000 untuk disalurkan kepada keluarga B40 yang kurang bernasib baik.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…