Bosch sumbang bekalan bateri, wiper untuk ambulans KKM

oleh Mohamad Hanif|
Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) baru-baru ini telah menyumbang bekalan bateri bebas penyelenggaraan, bateri kabin untuk peralatan perubatan serta wiper Aerotwin Retrofit untuk kegunaan ambulans hospital kerajaan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bantuan tersebut disampaikan bagi memastikan ambulans berada dalam kondisi baik, serta menjaga keselamatan para petugas baris hadapan dan pesakit terutama ketika musim tengkujuh yang sedang melanda pada ketika ini.

Menurut Dillion Goh, Pengarah Pemasaran Bosch Automotive Aftermarket Malaysia berkata, "Ambulans memainkan peranan yang penting kepada kedua-dua pihak hospital dan pesakit, dan Bosch merasakan adalah penting untuk memastikan ketenangan minda kepada para pemandu dan pekerja perubatan dalam menyelamatkan nyawa tanpa terganggu dengan situasi yang tidak dijangka.

Malaysia telah diiktiraf sebagai salah sebuah negara dengan sistem kesihatan terbaik di peringkat global, dan Bosch AA berharap agar dapat terus menyokong hospital kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pekerja perubatan dan pesakit.

Inisiatif CSR 'Safer Cars, Safer Roads' merupakan sebahagian daripada kempen keselamatan 'Drive for Live' dari Bosch AA bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pengetahuan asas automotif dan kepentingan penjagaan penyelenggaraan kenderaan yang proaktif menggunakan alat ganti kenderaan yang berkualiti.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kempen tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif ‘Care For Life’ Bosch untuk menyumbang…
Berita Domestik
Program tersebut telah diadakan di MISAR Academy bertempat di Kuala Lumpur, di mana ianya telah…
Berita Domestik
Bosch AA telah menjemput salah seorang pengedar sah lamanya, Rimbunan Kuasa Sdn Bhd, untuk…