Bosch saran lakukan pemeriksaan mudah enam mata sebelum pulang ke kampung halaman

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Musim perayaan merupakan tempoh masa yang sibuk bagi Malaysia, memandangkan masing-masing mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman untuk menziarahi yang tercinta. 

Namun, dengan kehadiran bilangan kenderaan yang semakin meningkat, ia mampu meningkatkan risiko kemalangan jalan raya. 

Bosch Automotive Aftermarket Malaysia (Bosch AA) baru-baru ini melancarkan kempen Drive for Life yang menekankan aspek kereta selamat dan jalan raya yang lebih selamat menerusi kepentingan penjagaan dan penyelenggaraan dengan penggunaan alat ganti tulen. 

Sebelum memulakan perjalanan balik kampung, Bosch AA ingin mengingatkan para pemandu untuk melakukan pemeriksaan enam mata bagi perkara-perkara berikut:
 

 

  • Periksa jadual servis berkala pada pelekat yang ditampal pada kenderaan
  • Periksa tekanan tayar kenderaan, kondisi benang tayar. Tidak dilupakan untuk mengisi kembali tekanan tayar yang sudah berkurangan. 
  • Periksa tahap minyak hitam enjin
  • Periksa kondisi bateri
  • Periksa juga alat pengelap cermin, dan gantikan getah jika perlu
  • Periksa kesemua lampu operasi - lampu utama hadapan dan belakang, lampu brek, dan lampu membelok

Menurut Pang Yoon Kong, pengurus negara Bosch Automotive Aftermarket Malaysia berkata, "pemeriksaan enam mata ini sangat mudah untuk dibuat dan ia mampu untuk meningkatkan tahap reliabiliti kenderaan terutama ketika perjalanan jauh ketika musim perayaan.
 


Tidak dilupakan, Bosch AA mengadakan kolaborasi dengan Petron bagi memberikan pemeriksaan percuma yang menekankan poin-poin penting seperti kondisi bateri, minyak enjin, tahap benang tayar dan ketebalan pad brek di stesen Petron seperti berikut: 

  • Petron Sg. Besi Toll Southbound - 18 Mei
  • Petron MRR2 Safari - 19 Mei
  • Petron MRR2 Selayang - 25 Mei
  • Petron Kesas Eastbound - 26 Mei

Rebut peluang untuk memenangi barangan cenderahati Bosch menerusi peraduan "Drive for Life" yang boleh disertai di laman rasmi Facebook Bosch Autoparts Malaysia di http://www.facebook.com/BoschAA.MY