Bosch sambut ulang tahun ke-25 pengenalan ciri Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC)

oleh Mohamad Hanif|
Walaupun ciri ABS telah lama wujud semenjak tahun 1980-an, teknologi yang terpenting di dalam aspek pemanduan kereta, Kawalan Kestabilan Elektronik atau ESC hanya wujud kira-kira 25 tahun yang lalu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selepas Mercedes-Benz memperkenalkan ciri brek anti-kunci, tahun 1983 para jurutera Bosch bula mengkaji cara bagi mengelakkan kereta daripada hilang kawalan.

Pada mulanya, para jurutera mengkaji semula sistem terawal ABS dan membuat telahan bahawa sistem teknologi yang asas mungkin boleh diaplikasikan bagi mengawal cengkaman kenderaan.

Pembangunan ESC hanya bermula pada 1 Julai 1984, dan tidak diduga, Daimler yang turut sama melakukan kajian terhadap ESC pada pertengahan 1980-an, namun pada ketika ini kedua-duanya menjalankan kajian berasingan.

Hanya pada tahun 1992, Daimler bersetuju untuk bekerjasama dengan Bosch bagi membangunkan bersama-sama program kestabilan elektronik (ESP), nama lain bagi ESC dan berjanji untuk membawakan teknologi tersebut ke pasaran dalam masa 36 bulan.

 


Hasilnya, tiga tahun selepas itu, Mercedes-Benz S-Class Coupe generasi C140 (kemudian dikenali sebagai generasi pertama CL) merupakan kereta pertama yang dilengkapi dengan ESC.

Pada tahun 1995, model sedan S-Class W140 turut menerima ciri yang serupa.

Teknologi awal ESC daripada Bosch pada mulanya merupakan satu ciri yang sangat mahal dan hanya berguna untuk sesetengah pelanggan yang sememangnya kaya dan mampu untuk memiliki sebuah S-Class.

Sehinggalah pada tahun 1997, majalah Sweden Teknikens Värld menjalankan ujian moose terhadap model Mercedes paling mampu milik, Mercedes-Benz A-Class (W168) dan model kereta tersebut didapati gagal di dalam ujian tersebut - hanya kerana ketiadaan ciri ESC.

Setelah insiden tersebut, Mercedes-Benz melengkapkan ESC sebagai satu ciri standard untuk kesemua varian A-Class.
 


Syarikat automotif seluruh dunia mula menjadikan ESC sebagai salah satu ciri penting, walaupun pada mulanya ia diklasifikasikan sebagai ciri yang memerlukan pelaburan wang tambahan.

Bosch dalam masa yang sama turut menambah baik ciri ESC dengan menjadikannya lebih murah dan lebih bertahan dengan menggunakan penderia yang lebih kecil, sekaligus lebih mampu milik.

Tahun 2003, ESC telah mencapai kejayaan menghasilkan kira-kira 10 juta unit ESC.

Hanya pada tahun 2012 ESC telah menjadi satu ciri yang wajib dilengkapkan pada kesemua kenderaan baharu berdasarkan kajian yang dilakukan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) yang berpendapat ciri tersebut berjaya menyelamatkan 9,000 nyawa dari tempoh 2008 sehingga 2015.

Malah, kajian tersebut turut memasukkan data di mana ESC berjaya mengurangkan kadar kematian akibat kemalangan di dalam SUV sebanyak 56 peratus.

Kenapa SUV? Sebab rakyat Amerika pada ketika itu gemarkan SUV dan crossover.